Usahawan pada masa kini yang mempunyai perniagaan perlu melibatkan diri dalam strategi pemasaran digital berbanding berniaga secara bersemuka. Bagi tahun 2024, pemasaran digital adalah sesuatu yang sangat penting agar perniagaan usahawan mampu untuk mencapai jualan yang tinggi melalui premis dan platform digital.

Pemasaran digital

Di bawah adalah antara contoh pemasaran digital yang boleh diguna oleh para usahawan di dalam merangka strategi pemasaran digital :

1- PEMBANGUNAN WEBSITE

Pembangunan website untuk perniagaan amat penting dalam memberi info yang berkait dengan produk atau servis yang diberi. Selain dari mudahkan pembeli, ia juga mampu menjimatkan masa pembeli dalam mencari info berkait dengan perniagaan yang dijalankan usahawan.

Selain itu, usahawan juga dapat sediakan layanan secara e-commerce dan senang untuk pembeli untuk membuat tempahan secara dalam talian.

Website Khalifah Media Networks

Khalifah Media Networks

website

Alfa Rizqi

2- MEDIA SOSIAL

Penggunaan media sosial dalam pasarkan perniagaan adalah sangat membantu dalam tingkatkan jenama  kepada masyarakat dengan lebih luas. Kelebihan media sosial sebagai alat pemasaran digital adalah sangat penting kerana pemasaran dalam media sosial ini adalah luas dan kreativiti dalam menyediakan bahan marketing adalah bebas dan tidak terikat.

Usahawan yang kreatif dan bijak dalam membuat content yang mampu untuk menarik perhatian pelanggan akan menjadi pilihan utama pelanggan.

Contoh media sosial yang sering diguna usahawan adalah seperti Facebook, Instagram dan TikTok.

SOCIAL MEDIA

3- VIDEO PENDEK (video marketing)

Ramai antara kita yang terlepas pandang berkenaan dengan penghasilan video pendek dalam pasarkan perniagaan mereka. Tanpa sedar, banyak jenama besar yang lebih banyak fokus dalam hasilkan video pendek untuk kembangkan  jenama mereka kepada orang luar. Sebagai contoh jenama yang sudah dikenal ramai iaitu PAKMAT WESTERN.

VIDEO

PMW Channel

Yang berminat untuk dapatkan servis pemasaran digital. Click disini

Share.

Leave A Reply