Pembaca Berita Ini Sebak. Rupa2nya Ini Punca Sebenar. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Kuala Lumpur: “Sebak, tapi saya kena teruskan baca berita juga.” Demikian kata Pembaca Berita Radio Televisyen Malaysia (RTM), Anas Muhammad Farihin, 25, ketika ditugaskan membaca berita kematian sahabatnya Nur Farah Kartini Abdullah, 25, tengah malam tadi.

Anas farihin

Anas berkata, dia terkejut dan masih tidak percaya ketika mengetahui berita berkenaan.

“Kebetulan semalam memang giliran saya baca berita. Sewaktu dapat tahu berita itu kira-kira 9 malam, terduduk sekejap. Perasaan ketika itu bercampur baur antara percaya, betul atau tidak sehinggalah keluar kenyataan daripada pihak polis yang mengesahkan kejadian itu.

“Diakui apabila baca berita itu memang sebak, tapi kena tahan. Waktu ini emosi saya perlu dijaga, ekspresi perlu dikawal. Apatah lagi saya menjadi antara orang pertama yang tahu berita ini.

“Lagi pula, ketika berita kehilangan Faa (Nur Farah Kartini) saya bersama rakan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) membuat bacaan tahlil secara dalam talian. Tidak menjangka ia berakhir dengan tragedi pilu,” katanya.

@thenoshlerr إنا لله وإنا اليه راجعون Ini kali pertama aku menyampaikan berita dimana taha professionalku betul2 tercabar. Waktu ni emosi ini perlu dijaga, ekspresi ini perlu dikawal, sebak didada perlu ditahan. Faa ini baik orangnya, santun budi pekertinya, wajahnya tak lekang dengan senyuman dan kerjanya dan dedikasinya sentiasa diutamakan. Semoga Faa ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al Fatihah #justiceforfa #upsi ♬ original sound – AnasFarihin

SEORANG RAKAN YANG BAIK

Menurutnya, Nur Farah Kartini seorang rakan yang baik, sopan santun dan sentiasa tersenyum.

“Kami mula berkawan ketika menuntut di Upsi. Kami satu pasukan pada setiap kali minggu orientasi pelajar baharu sepanjang tiga tahun. Walaupun saya senior dia, tapi kami sebaya.

Nur Farah

“Dia seorang yang baik, sopan santun dan sentiasa tersenyum. Lagi satu, dia juga aktif dalam persatuan di Upsi dan kami selalu bekerjasama. Pendek kata, dia seorang yang berdedikasi dalam kerja,” katanya.

Terdahulu, dilaporkan Nur Farah Kartini yang hilang sejak 10 Julai lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini berasal dari Miri, Sarawak yang juga bekas penuntut Upsi pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply