Peminat Hadiahkan Sebuah Kereta Kepada Bell Ngasri. | PETALING JAYA – Kejutan buat pelakon Bell Ngasri apabila bakal dihadiahkan kereta oleh sebuah syarikat sebagai penghargaan jasanya menghiburkan rakyat Malaysia.

barkoba

KHABAR GEMBIRA

Khabar gembira itu diumumkan wakil syarikat tersebut ketika pemenang trofi utama Anugerah Bintang Popular ke-35 (ABP35) terbabit diundang ke konti Hot FM, pagi tadi.

Di hadapan barisan penyampai stesen radio itu, Khairy Jamaluddin, Fara Fauzana, AG dan Johan, individu tersebut membuat pengumuman yang disambut sorakan gamat satu konti.

“Apabila KJ dah sebut, meluap-luap hati ini nak ke depan (umum). Dengan ini saya mewakili syarikat ingin menghadiahkan Bell sebuah kereta,” kata pemanggil bernama Fendi ketika berpeluang bercakap dengan Bell.

Sebelum itu KJ telah menyebut secara langsung mahu menuntut agar penggiat seni yang sudah 37 tahun menabur jasa itu diberikan kereta.

Katanya sambil bergurau, trofi kemenangan yang dibawa Bell termasuk untuk kategori, Artis Komedi Terbaik kemek disebabkan dia kecewa tahun ini tiada hadiah kereta.

Begitupun, pemilik nama sebenar Nasrizal Ngasri itu berkata, diangkat sebagai Bintang Paling Popular dengan meraih pakej Umrah juga rezeki.

Daripada perbualan antara Fendi dan penyampai, nyata mereka telah berpakat memberikan kejutan kepada figura seni yang terkenal dengan watak Barkoba itu.

Bell pula kaget seketika sebaik mendengar khabar gembira berkenaan dan hanya mampu menzahirkan pujian ke hadrat Ilahi atas rezeki di luar jangkaan itu.

“Allahuakbar,” katanya.

DIANUGERAHKAN BINTANG PALING POPULAR

Jumaat lalu, fenomena Barkoba yang menjadi pencetus kempen melobi Bell sebagai Bintang Paling Popular dalam kalangan warga maya menyaksikan aktor versatil itu mengungguli trofi utama ABP35.

Bell yang terkenal dengan slogan ‘yak yak yeay’ mengetepikan calon lain yang disebut-sebut bakal membawa pulang trofi itu iaitu Anna Jobling, Meerqeen dan Aina Abdul.

Kemenangannya direstui semua termasuk netizen serta rakan artis yang terus melayangkan ucapan tahniah kepadanya hingga ke hari ini.

Sebelum ini dilaporkan, Fenomena ‘Barkoba’yang menjadi pencetus kempen melobi Bell Ngasri sebagai Bintang Paling Popular dalam kalangan warga maya, menyaksikan aktor serba boleh itu diumum mengungguli trofi utama sempena Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35 malam tadi.

Bell yang terdahulu meraih trofi Artis Komedi Popular menewaskan Zizan Razak, Johan, Jaa Suzuran dan Syahmi Sazli, merangkul trofi Bintang Paling Popular pada edisi ke-35 acara anugerah berprestij yang disiarkan secara langsung dari Panggung Sari, Istana Budaya (IB), di sini.

Kemenangan Bell atau nama sebenar, Nasrizal Ngasri mengetepikan calon lain yang sebelum ini disebut-sebut bakal membawa trofi dambaan artis seperti Anna Jobling, Meerqeen dan Aina Abdul.

Trofi Bintang Paling Popular diserahkan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Rafiq Razali kepada Bell di pentas Panggung Sari yang hinggar-bingar dengan tepukan dan sorakan penonton.

Selain trofi, Bell yang terkenal dengan slogan ‘yak yak yeay’ daripada karakter Barkoba yang dibawanya, menerima kotak eksklusif Fellera X ABPBH 35 sumbangan penaja utama, Fellera Skin.

Pengarang Urusan Kumpulan, The New Straits Times Press (M) Bhd merangkap Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman serta Pengarah ABPBH 35 merangkap Pengarang Berita Hiburan BH, Shamshul Azree Samshir mengiringi Rafiq di pentas.

Turut hadir menyaksikan kemenangan Bell di pentas ABPBH 35 adalah ibu dan bapanya, Ngasri Sain dan Habibah Jaafar serta adiknya, Naszreen Ngasri, 40, atau Darling serta Datin Nasriah atau Anne, 38.

Kemenangan pelakon filem ‘Kaki Bakar’ dan ‘Kampung Latah The Mummy’ ini sebagai Bintang Paling Popular menjadi lebih bermakna apabila momen manis itu turut dikongsi bersama isteri dan keluarganya yang hadir pada acara gilang gemilang itu.

Bell sebelum ini tidak pernah bolos dalam senarai Top 5 ABPBH.

WATAK BARKOBA

Dalam temubual, Bell mengaku watak Barkoba iaitu lelaki yang malas berpuasa dalam telefilem ’16 Puasa’, ’17 Puasa’ dan ’18 Puasa’ di Kampung Pisang adalah antara faktor dirinya menjadi sebutan peminat.

Di atas pentas berprestij, Bell mengakui bersyukur ke hadrat Ilahi kerana usaha gigih beliau selama 37 tahun dalam bidang lakonan akhirnya terbalas.

“Kalau kalian semua nak tahu, saya adalah orang yang pernah cakap yang saya tak perlukan populariti. Selama 37 tahun dalam bidang seni, saya tak bergantung pada trofi ini, tetapi saya masih ada lagi dalam industri ini.

“Sekecil-kecil watak saya ada di belakang hero, saya ada di celah-celah orang. Kalau ada acara-acara besar seperti ini, saya hanya akan layan penonton waktu iklan sahaja,” katanya.

Bell dalam pada itu memaklumkan bahawa trofi yang dimenanginya itu adalah hadiah kepada ibunya yang gigih mendidik beliau dan adik-beradik untuk menjadi pelakon sejak kecil.

“Sebenarnya hadiah ini untuk mama saya. Dia yang nak sangat saya menang. Dia yang suruh saya jadi pelakon. Terima kasih BH, ABPBH dan TV3.

“Sejak saya usia enan tahun, mama bawa saya dan adik-adik naik bas mini dan bagi susu dalam bas.

“Saya juga tak lupa kekuatan watak Barkoba. Kita beri tepukan tangan kepada pencipta watak Barkoba iaitu arwah Mamat Khalid,” katanya.

Bell sebelum ini tular dalam media sosial apabila pencalonan pertama dalam kategori Artis Komedi Popular meraih perhatian peminat termasuk ahli Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung.

Bell yang memulakan kerjaya seni sejak usia enam tahun dilahirkan dalam keluarga seni. Abangnya, Naszeli Ngasri dan dua adiknya, Darling serta Anne turut aktif sebagai pelakon.

Selepas membina nama sebagai pelakon filem menerusi filem Cinta Kita pada 1995, Bell melebarkan kerjaya melawak pada 2007 apabila syarikat produksi mula memberi kepercayaan kepadanya menjayakan watak komedi.

Selain itu, antara filem yang pernah dibintanginya adalah Kampung Latah The Mummy, Kampong Pisang Berbuah Dua Kali, Bulan dan Pria Terhebat, Hero: Jangan Bikin Panas, Tanda Putera, 1957: Hati Malaya, Puteri Impian dan banyak lagi.

Bell pernah meraih kejayaan sebagai Aktor Pembantu Terbaik pada Anugerah Skrin (ASK) 1998 menerusi telefilem menyentuh hati berjudul Pa’e yang dibintangi Shaheizy Sam dan Harun Hashim.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM 🇲🇾 (@hotfm976)

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply