Kes Stoking Kalimah Allah. Pengasas Dan Isteri Serta Yg Lain Dibebaskan. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : SHAH ALAM: Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart. Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isteri, Datin Seri Loh Siew Mui dilepas dan dibebaskan (DNA). Oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu penjualan stoking tertera kalimah Allah.
Selain itu, tiga pengarah syarikat pembekal stoking berkenaan. Xin Jian Chang Sdn Bhd turut mendapat perintah DNA selepas pendakwaan tidak mahu meneruskan pertuduhan ke atas lima individu berkenaan.
KEMUKA REPRESENTESI
Untuk rekod, dua syarikat dan lima individu ini mengemukakan representasi pada 17 Mei lalu kepada Jabatan Peguam Negara untuk menggugurkan kes berkenaan.
Pada 26 Mac lalu. Kee Kan dan Siew Mui yang juga Pengarah KK Super Mart & Superstore mengaku tidak bersalah atas masing-masing satu pertuduhan. Sengaja melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking tertera kalimah Allah di rak pameran jualan, yang telah dilihat oleh seorang lelaki berusia 32 tahun.
Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd. Bandar Sunway pada jam 6.30 pagi 13 Mac lalu. Mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga setahun atau denda atau dengan kedua-duanya. Jika sabit kesalahan.
Kee Kan yang juga mewakili syarikatnya KK Supermart & Superstore turut didakwa atas pertuduhan sama.
Sementara itu, syarikat pembekal yang mengedar barangan kepada KK Super Mart. Iaitu Xin Jian Chang Sdn Bhd bersama tiga pengarahnya. Didakwa atas masing-masing satu pertuduhan bersubahat melukakan perasaan orang Islam. Dalam isu berkaitan stoking tertera kalimah Allah pada tempat, waktu dan tarikh yang sama.
Pembekal itu ialah tiga beranak, suami, Soh Chin Huat, 61; isterinya, Goh Li Huay, 62; dan anak mereka, Soh Hui San, 36;
Kesemua mereka didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 298 kanun sama. Yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya. Jika sabit kesalahan.
BERITA TERDAHULU
Tujuh pihak termasuk KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd dan Xin Jian Chang Sdn Bhd. Yang juga pembekal stoking tertera kalimah Allah kepada rangkaian kedai serbaneka itu didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini.
Selain dua syarikat berkenaan, turut didakwa Pengasas, Pengarah dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart. Datuk Seri Dr Chai Kee Kan, 57, dan isterinya yang juga pengarah syarikat sama, Datin Seri Loh Siew Mui, 53. Selain Pengarah Xin Jian Chang Sdn Bhd yang juga tiga beranak iaitu Soh Chin Huat, 61; isterinya, Goh Li Huay, 62; dan anak mereka, Soh Hui San, 36.
Lima individu berkenaan mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan di hadapan Hakim, Muhamad Anas Mahadzir.
Mengikut pertuduhan, Kee Kan dan Siew Mui didakwa dengan sengaja berniat melukakan perasaan umat Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah Allah di rak pameran jualan di KK Supermart & Superstore Sdn Bhd di Jalan PJS 11/7, Bandar Sunway, jam 6.30 pagi pada 13 Mac lalu.
Pendakwaan mengikut Seksyen 298 Kanun Keseksaan (KK) yang membawa hukuman penjara hingga setahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Tiga pengarah Xin Jian Chang Sdn Bhd pula berdepan pertuduhan bersubahat melakukan kesalahan berkenaan di tempat, tarikh dan masa sama mengikut Seksyen 109 KK dibaca bersama Seksyen 298 KK yang memperuntukkan hukuman sama.
Susulan pengakuan tidak bersalah, peguam mewakili dua pengasas kedai serbaneka itu, Datuk Rajpal Singh, mencadangkan jaminan RM12,000 untuk kedua-dua anak guam, manakala peguam bela tiga pengarah Xin Jian Chang Sdn Bhd, Lau Yi Leong, pula memohon jaminan RM5,000 masing-masing untuk anak guam.
29 April sebutan semula kes
Namun, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Masri Mohd Daud, memohon jaminan RM15,000 masing-masing bagi lima tertuduh, sebelum hakim membenarkan semua mereka diikat jamin RM10,000 setiap seorang dan menetapkan 29 April ini untuk sebutan semula kes.
Rajpal ketika ditemui media pula menzahirkan rasa keyakinan kerana memiliki peluang cerah untuk memenangi kes berkenaan.
“Pendakwaan merasakan ada kes sebab itu mengikut Seksyen 298 KK dan menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.
“Anak guam mengaku tidak bersalah serta tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah,” katanya.
Pada 13 Mac lalu, tular di media sosial isu stoking tertera kalimah Allah dijual di KK Mart Bandar Sunway selepas gambar produk itu dimuat naik pengguna.
Tiga hari selepas itu, pengurusan KK Super Mart memohon maaf berhubung penjualan stoking berjenama Miranosock yang tertera kalimah Allah di beberapa cawangan kedai serbaneka itu.
Syarikat itu berkata, jualan stoking berkenaan dihentikan serta-merta sementara menunggu penjelasan daripada pembekal.
Susulan isu itu, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim murka serta menzahirkan perasaan dukacita.
Seri Paduka Baginda bertitah mahu tindakan sekeras-kerasnya diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah dalam isu ini berdasarkan siasatan pihak berkuasa.
Sumber : BH