Banyak perbezaan antara TikTok Shop dan Marketplace yang lain di era digital yang terus berkembang, cara orang ramai berbelanja atau mendapatkan produk telah mengalami transformasi besar. Platform TikTok, yang awal nya hanya untuk hiburan dan konten viral kini telah menjadi satu alat pemasaran yang kuat melalui TikTok Shop.
Sementara itu, Marketplace lain seperti Shopee dan Lazada yang menjadi pilihan utama untuk belanja online. Ini kerana mudah di akses dan variasi produk yang ditawarkan. Namun dua platform ini masih dalam tujuan yang sama iaitu menghubungkan penjual dengan pembeli
Walau pun begitu TikTok Shop dan Marketplace ada perbezaan serta cara tersendiri bagi mereka dalam dunia Pemasaran digital ini.
Cara Berinteraksi
TikTok Shop biasa nya berinteraksi melalui konten video iaitu video marketing bagi tarik perhatian pengguna platform itu . Selain itu live streaming di mana mudah untuk penjual beri respon secara terus kepada setiap pertanyaan ketika promosi kan produk itu.
Di samping untuk menarik perhatian, memperkenalkan produk, dan hasil kan jualan. Ia juga lebih santai dan interaktif, sering kali terjadi secara real time selama live streaming.
Di Marketplace, interaksi lebih terstruktur dan formal. Hal ini di mana orang ramai hanya mencari produk dan membaca deskripsi dan ulasan mereka yang sudah mencuba produk itu.
Pembelian dibuat tanpa banyak interaksi langsung dengan penjual. Walau bagai mana pun masih ada ruang mesej khas untuk pembeli bertanya terus kepada penjual, namun respon nya mungkin tidak secepat seperti di Tiktok Shop
Promosi Produk
Promosi yang di buat TiktokShop adalah melalui Video Konten yang kreatif dan menarik. Selain dari pada menggunakan Influencer dan Content Creator untuk bantu lagi aktiviti promosi.
Manakala untuk platform Marketplace lain kerap kali buat promosi yang lebih tumpu kepada sesuatu event. Di samping membuat pemberitahuan langsung iaitu notification di phone tentang promosi baharu di platform mereka.
Sistem Pembayaran
Bagi sistem pembayaran adalah hampir sama iaitu kedua-dua platform ini ada metode yang tertentu untuk mudah kan orang ramai membuat bayaran. Iaitu secara E Wallet ,Online Banking, dan Cash On Delivery (COD).
Namun, bagi Marketplace lain mereka kebanyakkan ada ciri khas lain lagi untuk pembayaran jika membuat belian produk dari platform mereka. Iaitu memberi peluang untuk para pengguna membuat bayaran secara ansuran. Sebagai contoh adalah LazPayLater dan SpayLater.
Walau bagai mana pun dua platform ini tetap dengan tujuan yang sama iaitu bantu untuk promosi kan produk atau servis milik anda. Oleh itu, Usahawan atau Pemasar perlu peka akan perubahan teknologi yang berlaku di dunia pendigitalan.
INI JUGA : https://khalifahmedianetworks.com/kelebihan-copywriting-yang-menarik/
Kembangkan Perniagaan pada era serba digital begitu mencabar dan tidak mudah. Tapi tidak tahu bagaimana untuk buat Perniagaan terus kekal relevan dengan kemajuan digital marketing sekarang ini. Mari Khalifah Media Networks bantu anda dengan idea-idea yang konten marketing yang menarik untuk Perniagaan anda.
BERMINAT? cepat TEKAN LINK ini sekarang