Perlawanan Bola Sepak Dicemari Aksi Pergaduhan. Ini Puncanya. | PETALING JAYA : Perlawanan Bolasepak 4 Penjuru dalam perebutan Piala Menteri Besar Terengganu 2022 antara pasukan Terengganu FC II dan Penang FC dicemari dengan aksi pergaduhan.
Pergaduh bermula selepas sepakan penalti minit terakhir babak pertama yang dilakukan pemain Penang FC gagal disempurnakan dan dikata pasukan tuan rumah mula mengejek pemain lawan.
Daripada situ bermulanya pertarungan umpama WWE Royal Rumble, dengan aksi kejar-mengejar, ‘flying kick’, bertumbuk di antara pemain-pemain Terengganu dan Penang.
Hampir semua pemain kedua-dua pasukan kelihatan berbalas tumbukan dan berlari di sekitar padang sebelum diredakan oleh pegawai-pegawai bertugas.
Salah seorang pemain Penang FC, Muhammad Adib Abdul Raop dilaporkan cedera patah hidung, selepas gambarnya tular di media sosial.
Difahamkan, pengadil turut melayangkan kad merah kepada kedua-dua pasukan dan Penang tidak ‘keluar’ meneruskan perlawanan separuh masa kedua.
Sumber : UM