Permohonan Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) | Skim Pembiayaan Online Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) Nasional atau SPOT ialah satu skim baharu yang berada di bawah TEKUN Nasional.
Berita baik bagi peniaga dalam talian (online) kerana anda boleh memohon Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) untuk mengembangkan lagi bisnes anda.
TEKUN Nasional telah memperkenalkan skim yang baharu kepada para peniaga iaitu melalui Skim Pembiayaan Online Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga Nasional (TEKUN) Nasional (SPOT).
Skim pembiayaan ini diumum oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar dalam Sesi Dialog bersama persatuan, koperasi dan usahawan Bumiputera.
SPOT adalah skim yang memberi bayaran tunai dan kredit khusus kepada peniaga dalam talian bagi meluaskan skala mereka.
Selain itu, anda boleh ketahui info menarik dari kami di sini.
Apa itu SPOT?
Skim Pembiayaan Online Tekun (SPOT) adalah sebuah skim yang berada di bawah Belanjawan 2023 yang disedia oleh TEKUN Nasional (TEKUN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).
Untuk mereka lancar skim ini, sekitar RM10 juta telah dibuat dengan sasaran 1,000 orang peniaga yang bakal terima bayaran ini.
Skim pembiayaan berasaskan Tawarruq ini adalah khusus untuk peniaga yang sedang berniaga melalui medium atas talian (online business) bagi menjadi lebih banyak dan perniagaan mereka lebih meluas.
Keutamaan diberi khas kepada peniaga online business yang menggunakan platform perniagaan ini seperti MyMall, Shopee, Lazada, Zalora dan banyak lagi.
Jumlah Pembiayaan
Berikut adalah jumlah pembiayaan yang diperuntukkan di bawah Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) ini:
- RM1,000 – RM5,000 bagi peniaga informal
- RM1,000 – RM20,000 bagi peniaga baru yang punyai lesen / permit / daftar perniagaan yang sah (SSM)
Tempoh pembiayaan adalah Sehingga 60 bulan @ 5 tahun.
Syarat asas permohonan SPOT
Hanya pemohon yang penuhi syarat asas Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) berikut sahaja akan dinilai untuk pembiayaan ini:
- Bumiputera dan Warganegara Malaysia (Masyarakat India bagi SPUMI)
- Berumur 18 – 65 tahun (tempoh akan tamat hingga 65 tahun)
- Pemohon bukan seorang muflis
- Syarikat 100% hak milik Bumiputera dan warganegara Malaysia (Syarikat 100% hak milik Masyarakat India bagi SPUMI)
- Mempunyai Lesen / Permit / Daftar Perniagaan (SSM) / Sijil Perakuan Amalan (Program Profesional Muda) yang sah dan masih belum tamat tempoh. Untuk informal, pengesahan menjalankan perniagaan dari Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan Dan Koperasi Parlimen (MPUKP) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Penghulu / Ketua Kaum (Sabah & Sarawak) atau kupon / permit perniagaan oleh Jawatankuasa Penganjur bagi perniagaan pasar malam, pasar tani atau pasar tamu
- Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus / berniaga secara bergerak (mobile) / atas talian (online)
- Terlibat secara terus / separuh masa dalam bisnes
- Satu pembiayaan bagi satu isi rumah (kecuali perniagaan yang berasingan dan daftar perniagaan yang berlainan) (kecuali Program Profesional Muda)
- Had modal berbayar tidak lebih dari RM300,000 (kecuali Program Profesional Muda dan Kontrak-i; RM500,000)
- Bagi pembelian kenderaan komersial / jentera berat, jumlah pembiayaan adalah 10% dari harga kenderaan komersial / jentera berat. Hal ini, diikuti dengan aliran tunai dan kedudukan kewangan pemohon)
- Bagi pemilikan Perkongsian, perlu punyai surat kebenaran rakan kongsi yang membenarkan pemohon membuat pembiayaan
- Bagi pemilikan Syarikat Sendirian Berhad (Sdn. Bhd) wajib menyediakan Resolusi Syarikat melalui format yang telah disediakan
- Aktiviti utama perniagaan ini perlu patuh Syariah
Cara mohon SPOT
Permohonan bagi Skim Pembiayaan Online TEKUN (SPOT) ini hanya boleh dibuat melalui Pejabat Cawangan TEKUN (Over the Counter) yang berdekatan dengan premis perniagaan pemohon atau melalui perubahan semasa.
Untuk senarai penuh cawangan TEKUN, sila layari laman web TEKUN di alamat https://www.tekun.gov.my/ms/hubungi-kami/connections/