Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Pertarungan Maut. Lelaki Bunuh Seekor Singa Dengan Tangan. | KAMPALA, UGANDA – Seorang lelaki di Uganda dilaporkan membunuh seekor singa dengan tangannya sendiri sebelum memasak daging binatang buas itu untuk dimakan, lapor akhbar Daily Star semalam.

singa

Beberapa keping gambar yang dikongsikan di laman Twitter menunjukkan sebuah lokasi dalam keadaan berselerak selepas menjadi tempat lelaki berkenaan dan singa itu bertarung. Pertarungan maut berlaku apabila ‘Raja Rimba’ itu menceroboh masuk ke dalam rumah lelaki tersebut.

Lelaki yang identitinya tidak didedahkan itu berada keadaan berdarah dan berbalut di serata bahagian badannya, dipercayai kesan serangan haiwan tersebut.

“Seorang lelaki dari daerah Iganga, timur Uganda merawat lukanya selepas bertarung dengan seekor singa yang ditemui dekat rumahnya. Dia membunuh singa itu,” tulis seorang pengguna Twitter, Ricky Kagino.

Lokasi kejadian bagaimanapun menjadi pertikaian kerana terdapat beberapa sumber online yang mendakwa, ia berlaku di daerah Mpefu Kagadi.

Seorang lagi penggun Twitter, Tewsige Judith kemudian memberikan komen dengan menyertakan lebih banyak gambar termasuk satu daripadanya memaparkan kulit singa itu telah disiat.

“Ia berlaku di daerah Mpefu Kagadi dan kami memakan singa itu,” katanya.

Kejadian itu bagaimanapun turut menerima kecaman daripada sebilangan pengguna laman sosial yang menyifatkan tindakan membunuh singa itu adalah tidak wajar.

“Banyak haiwan diancam kepupusan, jadi mana-mana haiwan yang berkeliaran perlu ditangkap hidup-hidup, dikembalikan ke hutan atau diberikan kepada pihak zoo,” kata seorang netizen.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply