Tarawih

Pertemuan Selepas Tarawih yang Mengubah Cara Aku Lihat Ramadan.

Bulan Ramadan kan syaitan dirantai? Tetapi pernah terfikir tak kenapa masih lagi ada yang buat dosa? Malah ada yang lebih ‘ganas’ buat maksiat bulan ni?”


 

Seorang lelaki bertemu seorang pakcik yang wajahnya biasa-biasa sahaja, namun tutur katanya luar biasa maknanya.

Pertemuan itu bukan di dewan kuliah, bukan juga di pentas ceramah, tetapi di sebuah sudut masjid selepas selesai solat Tarawih.

Dalam suasana santai dan sederhana, perbualan ringkas mereka bertukar menjadi satu renungan yang menggoncang hati. Jom baca kisah di bawah.

Nak cerita pengalaman malam tadi Tarawih kat Masjid Ayer Keroh. Tenang je masjid besar ni. Selesai sahaja witir, aku dan anak bujang sorang ni terus meluru ke ruang moreh.

​Sambil memegang pinggan berisi mihun goreng, aku melabuhkan punggung di sebelah seorang pakcik yang nampak tenang menghirup teh tariknya. Mukanya bersih, senyumannya ikhlas.

Kami berbual kosong tentang cuaca, cerita ragam kanak-kanak di masjid ni, hinggalah dia melontarkan satu soalan yang buat aku hampir tersedak.

SOALAN SEORANG PAKCIK

“Nak, alang-alang kita tengah santai ni, pakcik nak tanya kamu. Bulan Ramadan kan syaitan dirantai? Tetapi pernah terfikir tak kenapa masih lagi ada yang buat dosa? Malah ada yang lebih ‘ganas’ buat maksiat bulan ni?”

Aku menjawab dengan yakin, “Kalau dah tak ada syaitan, maka yang tinggal itu nafsulah pakcik.”

Pakcik tu tersenyum sinis, tapi penuh makna. Dia meletakkan cawan teh tariknya perlahan-lahan.

“Betul tu nak. Tapi kamu tahu tak? 11 bulan, syaitan ni sebenarnya dah jadi ‘coach’ yang paling gigih. Dia latih nafsu kita dalam ‘gym’ maksiat. Dia bisik, kita terbuai. Berkali-kali, sampai satu tahap dia tak perlu bisik lagi dah. Kita dah ada muscle memory untuk buat dosa.”

Dia memandang tepat ke dalam mataku. “Mengumpat tanpa perlu cadangan syaitan, tidur lena sampai terlepas Subuh, maki hamun yang dah jadi zikir harian… Tubuh kita dah master segalanya.

“KITALAH WAKIL SYAITAN”

Bila masuk Ramadan dan ‘coach’ itu kena gari masuk lokap, atlet-atlet didikan dia tetap teruskan rutin yang sama. Kita buat dosa bukan sebab kena hasut lagi, tapi sebab kita dah jadi ‘pro’.”

Aku hanya mampu mendengar. Mihun goreng yang aku ambik tadi terasa berat nak disuap. ​”Jadi nak,” pakcik tu menepuk bahuku lembut sebelum bangun untuk beredar. “Ramadan ni bukan sekadar nak rantaikan syaitan, tapi masanya untuk kita ‘nyah-jangkit’ (detox) nafsu yang dah sado dengan dosa tu.

Kalau bulan ni pun perangai kita tak berubah, maknanya kitalah ‘wakil’ yang syaitan tinggalkan untuk jaga dunia ni sementara dia tak ada.”

Pakcik tu pun bangun menuju keluar dari perkarangan masjid setelah mengucapkan salam kepada aku.

Kadang-kadang kita sangka ilmu itu hanya datang daripada kitab yang tebal atau ceramah di atas mimbar. Kita cari mutiara hikmah jauh-jauh, sampaikan kita lupa Allah boleh hantar “guru” dalam rupa seorang pakcik random yang berkongsi meja moreh dengan kita.

Tiang Piling Besar 3 Pemeluk Hilang. Misteri FSU LEKAS Sungai Udang Yang Ramai Tak Tahu!

PENGAJARANNYA

Malam itu aku belajar satu perkara besar:

Ilmu yang paling mahal bukan ilmu yang buat kita rasa pandai, tapi ilmu yang buat kita rasa berdosa. Selama ini aku sibuk menyalahkan syaitan atas setiap khilaf, rupa-rupanya aku sendiri yang dah jadi “senior” dalam sekolah didikan dia. Pakcik tu tak bawa nota, dia cuma bawa secawan teh tarik dan satu perspektif yang membedah realiti.

Dia ingatkan aku bahawa Ramadan bukan sekadar bulan “rehat” daripada godaan, tapi bulan “rehab” untuk jiwa yang dah lama rosak. Kalau kita tak mampu ‘pancung’ tabiat buruk waktu syaitan tengah kena gari, bila lagi?
Aku segera habiskan mihun tadi, aku bangun, menghantar pinggan plastik kosong ke tong sampah dan panggil anak aku yang leka bermain dengan kawan baru di masjid tu.

Dalam hati aku berbisik, “Terima kasih, ‘coach’ yang tak didendang. Moreh malam ni paling mahal harganya.”

 

 

Sumber : Thread @fique169

Share.
Leave A Reply