Ketua Polis Dedahkan Siapa Suspek Bunuh Nur Farah. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Sebelum ini dilaporkan seorang wanta dilaporkan hilang selepas keluar menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Nur Farah

Petang semalam digemparkan dengan penemuan mayat wanita tersebut di sebuah ladang kelapa sawit. Pagi ini Ketua Polis Selangor mendedahkan suspek pembunuhan tersebut.

Lelaki yang ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat Nur Farah Kartini Abdullah, adalah teman lelakinya.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek berusia 26 tahun terbabit ditahan susulan siasatan yang dilakukan berhubung kehilangan mangsa.

“Berpandukan siasatan terhadap suspek membawa kepada penemuan mayat mangsa di ladang kelapa sawit Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, petang semalam.

“Bagaimanapun, motif pembunuhan masih dalam siasatan,” katanya

Suspek kini dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu untuk permohonan reman.

Semalam, Nur Farah yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di ladang kelapa sawit di Hulu Selangor.

Mayat wanita berusia 25 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Hussein dilaporkan berkata, pemeriksaan awal mengesahkan mayat berkenaan adalah mangsa yang dilaporkan hilang berkait laporan di Tanjung Malim.

Beliau dilaporkan berkata, polis turut menahan seorang lelaki yang juga penjawat awam bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

BERITA TERDAHULU

Wanita yang dilaporkan hilang sejak Rabu lalu selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan ditemukan mati di Felda Gedangsa, Hulu Selangor.

Mayat wanita berusia 25 tahun berkenaan ditemukan kira-kira 6 petang dipercayai dibunuh individu yang dikenalinya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan individu yang dilaporkan hilang berkenaan.

“Polis sudah melakukan tangkapan, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya

Sebelum ini, dilaporkan seorang wanita dilaporkan hilang selepas menghantar kereta sewa kepada pelanggan.

Polis menerima laporan berhubung kehilangan Nur Farah Kartini Abdullah berasal dari Sarawak yang juga bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) pada 1.56 pagi, 10 Julai lalu.

Kali terakhir wanita berkenaan dilihat memakai pakaian korporat berwarna biru, bertudung dan mengenakan seluar slack hitam.

 

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply