Polis Temui Mayat Rentung Dalam Sebuah Kereta. | SEPANG: Polis menemui mayat rentung di dalam sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) yang terbakar di kawasan pinggir hutan berhampiran Airport City Business Centre, Sepang pada pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata pihaknya menerima maklumat daripada orang awam mengenai sebuah kenderaan terbakar di kawasan itu jam 3.30 pagi.

“Pengadu yang tinggal berhampiran lokasi kejadian menghubungi talian kecemasan selepas terdengar bunyi letupan sebelum melihat kenderaan itu terbakar.

“Pasukan bomba kemudian menghantar pasukan untuk memadamkan kebakaran itu.

“Pemeriksaan kemudian menemui mayat rentung 90 peratus bahagian badan di tempat duduk penumpang hadapan sebelum dikeluarkan oleh anggota bomba,” katanya di sini, hari ini.

Katanya mayat dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Sementara itu katanya polis menemui kesan kebakaran dalam lingkungan 10 meter dari kenderaan berkenaan dan identiti pemilik SUV itu sudah dikenal pasti.

Sumber : Astro Awani

Share.

Leave A Reply