Prosiding Bela Diri DS Rosmah Mansur Bertukar Tegang. Ini Puncanya. | KUALA LUMPUR – Prosiding bela diri Datin Seri Rosmah Mansor yang dituduh dalam kes rasuah di Mahkamah Tinggi pada Khamis, bertukar tegang apabila pihak pendakwaan dan pembelaan bertikam lidah berhubung isu menghina mahkamah.

Ketika prosiding di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan, Timbalan Pendakwa Raya ad-hoc, Datuk Seri Gopal Sri Ram mencadangkan bahawa isteri bekas Perdana Menteri itu tidak menghormati mahkamah kerana ingkar untuk menyerahkan pasport pada 21 November lalu.

Untuk rekod, Pada 15 Oktober lalu, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Rosmah agar pasportnya dikembalikan bagi membolehkan beliau ke Singapura untuk melawat anaknya, Nooryana Najwa yang akan melahirkan anak kedua.

Hakim Mohamed Zaini membenarkan permohonan itu dan mengarahkan Rosmah kembali ke Malaysia sebelum atau pada 21 November manakala pasportnya diserahkan semula kepada mahkamah sebelum atau pada 6 Disember 2021.

Bagaimanapun pada 2 Disember, pasukan pembelaan memohon maaf kepada Mahkamah Rayuan, Putrajaya kerana anak guamnya tidak hadir untuk pendengaran rayuan kes rasuah terhadapnya.

Sri Ram: Mahkamah beri arahan supaya Datin Seri menyerahkan pasport pada 21 November, Datin Seri ingat?

Rosmah: Yang Arif, boleh saya serahkan kepada peguam saya (Datuk Jagjit Singh dan Datuk Akberdin Abdul Kader) untuk beri penjelasan.

Jagjit Singh: Isu hina mahkamah sudah dijelaskan sebelum ini.

Sumber : SH

Share.

Leave A Reply