Puspakom Hanya Terima Bayaran Cashless Mulai 1 Julai. Tiada lagi bayaran tunai. Mulai 1 Julai nanti, kesemua 54 pusat pemeriksaan PUSPAKOM di seluruh negara akan beralih ke urus niaga pembayaran tanpa tunai sepenuhnya bagi bayaran untuk semua jenis pemeriksaan kenderaan. Baca seterusnya.
Mulai 1 Julai nanti, kesemua 54 pusat pemeriksaan PUSPAKOM di seluruh negara akan beralih ke urus niaga pembayaran tanpa tunai sepenuhnya bagi bayaran untuk semua jenis pemeriksaan kenderaan.
Peralihan kepada transaksi urus niaga tanpa tunai ini dilihat dapat menjimatkan masa, selain lebih selamat dan selaras dengan aspirasi PUSPAKOM untuk mendigitalisasikan sepenuhnya urusan di PUSPAKOM.
Nikmati Pelbagai Servis Dan Perlindungan ‘First Class’ Daripada Volkswagen Malaysia Sehingga 10 Tahun
Pelanggan mempunyai pelbagai pilihan bayaran secara dalam talian, sama ada menggunakan e-dompet seperti Puspakom e-Wallet, Maybank QRPAY, GrabPay, Touch ‘n Go eWallet, Boost, WeChat Pay dan Alipay.
Manakala bagi pengguna kad pula, Puspakom menerima kad debit atau kad kredit yang mempunyai MasterCard dan Visa.
“Data menunjukkan lebih 90% pelanggan PUSPAKOM kini menggunakan kaedah transaksi tanpa tunai di semua cawangan kami.
“Ini jelas menunjukkan kaedah pembayaran tanpa tunai ini menjadi pilihan kerana ia lebih mudah dan cepat. Di waktu pandemik seperti sekarang, ia juga lebih selamat dari segi kebersihan,” petik kenyataan rasmi daripada Facebook Puspakom.
Sumber: TheVocket