Ditanya Tentang Subsidi Petrol RON95. Ini Jawapan Rafizi Ramli. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS: Kerajaan sedang meneliti keperluan rasionalisasi subsidi dilaksanakan kepada petrol RON95.

rafizi

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli bagaimanapun berkata, buat masa ini tumpuan dan keutamaan akan diberikan kepada pelaksanaan subsidi diesel sehingga penyasarannya menjadi stabil.

“Ia sekali gus mencapai objektif yang ditetapkan, antaranya untuk memperkukuh kemampanan fiskal negara serta mengurangkan ketirisan dalam pengagihan subsidi diesel.

“Sekiranya rasionalisasi subsidi ke atas petrol RON95 dilaksanakan pada masa akan datang, kerajaan akan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan golongan terkesan akan diberikan bantuan sewajarnya,” katanya dalam jawapan bertulis di Parlimen hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) adakah melaksanakan pengurangan subsidi petrol memberi impak positif kepada rakyat.

Mengulas lanjut, Rafizi berkata, pelaksanaan pemberian subsidi diesel secara bersasar bermula 10 Jun turut dijangka dapat memberikan penjimatan RM4 bilion setahun.

Dalam pada itu katanya, pelaksanaan inisiatif penyasaran subsidi turut membantu kerajaan memperkukuhkan kedudukan fiskal dan mengoptimumkan sumber yang ada.

“Penjimatan daripada inisiatif penyasaran semula subsidi akan dipulangkan kepada rakyat melalui pelaksanaan program serta projek yang lebih memberi manfaat dan benar-benar diperlukan oleh rakyat.

“Ia seperti penambahbaikan dalam penyediaan perkhidmatan sosial serta kemudahan awam termasuk kesihatan, pendidikan, pengangkutan dan keselamatan,” katanya.

Sumber : HM

 

BERITA TERDAHULU

Jualan diesel di sempadan menunjukkan penurunan 40 peratus. Sejak kerajaan mengumumkan pengapungan harga subsidi diesel.  Sekali gus mengesahkan memang wujud aktiviti penyeludupan diesel ke negara sempadan sebelum ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata., Langkah penyasaran subsidi bermula 10 Jun lalu menyaksikan jumlah jualan runcit diesel di stesen minyak menurun hampir lapan juta liter sehari atau 30 peratus untuk minggu pertama selepas pengumuman penetapan semula harga diesel, berbanding minggu sebelum pengumuman.

rafizi

“Selain itu, jualan diesel komersial pula meningkat sebanyak empat juta liter sehari. Yang memberi isyarat bahawa sebahagian penggunaan diesel runcit bersubsidi selama ini, sudah digunakan oleh sektor industri yang sepatutnya membeli diesel pada harga pasaran.

 

KERAJAAN JIMAT RM4 BILION

“Ini bermakna, trend peningkatan jualan diesel komersial menggambarkan tanda positif ketirisan diesel bersubsidi sudah berkurang,”. Katanya pada sesi penerangan menteri berkaitan penyasaran subsidi diesel oleh kerajaan di Dewan Rakyat, semalam.

Mengulas lanjut, beliau berkata. Pengapungan harga diesel tidak bermaksud kerajaan memansuhkan sepenuhnya subsidi ke atas bahan bakar itu memandangkan ketika ini. Kerajaan masih menanggung subsidi diesel sehingga RM10 bilion. Menurun berbanding RM14 bilion tahun lalu, sekali gus menyaksikan penjimatan RM4 bilion setahun.

“Kerajaan mampu raih penjimatan tahunan RM4 bilion. Penjimatan ini tentunya dapat dimanfaat untuk menambah baik mutu hidup rakyat. Melalui penyediaan infrastruktur awam berkualiti serta perlindungan sosial yang lebih menyeluruh,” katanya.

Beliau berkata, perbelanjaan subsidi diesel negara meningkat 10 kali ganda iaitu daripada RM1.4 bilion pada 2019, kepada RM14.3 bilion pada tahun lalu.

“Trend kenaikan subsidi diesel ini tidak mampu lagi ditampung kerajaan secara berterusan. Peningkatan belanja subsidi bukan hanya disebabkan kenaikan harga pasaran. Tetapi juga akibat peningkatan ketirisan diesel bersubsidi.

“Jumlah diesel bersubsidi digunakan naik mendadak 80 peratus. Iaitu daripada 6.1 bilion liter pada 2019 kepada 10.8 bilion liter tahun lalu. Walaupun tiada peningkatan kenderaan diesel baharu yang ketara dalam tempoh sama.

JUALAN DIESEL TANPA SUBSIDI TURUN

“Pada masa sama, jumlah jualan diesel komersial tanpa subsidi turun dua bilion liter dalam tempoh itu. Peningkatan penggunaan diesel bersubsidi amat ketara. Ini disebabkan jurang perbezaan harga besar antara harga komersial dengan harga runcit diesel bersubsidi di pam Malaysia,” katanya.

Katanya, harga runcit diesel Malaysia jauh lebih murah berbanding negara jiran. Antaranya Thailand sekitar RM4.20, Indonesia lebih kurang RM4.40 dan Singapura hampir mencecah RM9 seliter membolehkan sebilangan perniagaan sektor komersial tempatan yang sepatutnya membeli diesel pada harga pasaran mengambil kesempatan menikmati dan menyeleweng diesel bersubsidi secara tidak sah.

“Contohnya, mereka beli diesel bersubsidi daripada stesen minyak dan disalah guna untuk gen set di kilang, tapak pembinaan atau ladang sawit.

“Isu lebih utama ialah akibat harga diesel kita murah, ia menyebabkan aktiviti penyeludupan diesel ke negara jiran sukar dibendung. Inilah yang ditemui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) semasa Op Tiris,” katanya.

Share.

Leave A Reply