Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Remaja Lelaki Maut Selepas Kepalanya Tersangkut Pada Enjin Bot. | SEMPORNA – Seorang remaja lelaki maut selepas kepalanya tersangkut pada enjin bot pam dalam kejadian di Kampung Panji berhampiran Hospital Semporna di sini hari ini.

bot

Remaja berusia 18 tahun terbabit dikatakan tersekat pada enjin bot apabila cuba menghidupkan enjin berkenaan ketika keluar menangkap ikan dalam kejadian pukul 11.30 pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 11.40 pagi.

“Sepasukan 11 anggota dan pegawai bersama jentera serta van Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (ERMS) dan bot kevlar dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di kampung berkenaan, pasukan bomba terpaksa berjalan sejauh satu kilometer untuk ke lokasi kejadian berikutan ketiadaan laluan bot.

“Sejurus tiba anggota bertugas mendapati mangsa sudah dikeluarkan dari bot berkenaan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba,” katanya dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, berdasarkan maklumat ahli keluarga mangsa, kejadian dipercayai berpunca daripada lengan jaket mangsa yang terlilit pada ‘shaft’ penyambung enjin bot pam ketika sedang bergerak di laut.

“Kejadian itu memgakibatkan tangan mangsa tertarik lalu terjatuh, manakala rambut dan kepala mangsa juga tersangkut pada ‘shaft’ penyambung berkenaan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian sebelum dihantar ke hospital untuk tindakan lanjut. Operasi ditamatkan pukul 12.19 tengah hari,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd. Farhan Lee Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply