Sebelum ini tular berkaitan aktiviti sekelompok golongan remaja yang sanggup menggadai nyawa demi ‘content‘ mendapatkan video untuk dipaparkan di media sosial.

Antara content berbahaya dilakukan adalah dengan berdiri di tengah jalan raya ketika lori besar sedang memecut laju dan cuba untuk mengelaknya.

Ramai sebelum ini yang mengecam tindakan kelompok remaja yang membahayakan diri sendiri dengan melakukan content sedemikian.

Terbaharu, aktiviti itu akhirnya mengundang padah apabila seorang remaja mengalami kecederaan selepas didakwa dirempuh sebuah lori ketika ingin membuat content tersebut.

Kejadian berlaku pada Rabu lalu di Jalan Raya Sukamanah Rumpin, Bogor, Indonesia dan sempat dirakam orang ramai yang berada di lokasi kejadian sebelum tular di media sosial.

Menerusi video tersebut, remaja itu dilihat sudah terbaring di tengah jalan raya dalam keadaan menahan kesakitan akibat dirempuh lori.

Individu yang merakam video itu juga memaklumkan yang remaja itu telah dilanggar sebuah kereta manakala rakan-rakannya yang turut bersamanya sebelum itu telah melarikan diri.

Difahamkan, mangsa kemudian telah dibawa oleh orang ramai ke hospital dan berada dalam keadaan stabil.

Sementara itu, warganet berharap supaya tragedi itu bukan sahaja menjadi pengajaran kepada kumpulan yang melakukan content sedemikian, tetapi juga kepada ibu bapa supaya dapat memantau aktiviti seharian anak-anak mereka.

Sumber: Majoriti

 

Buat ‘Content’ Di Bawah Landasan Kereta Api, YouTuber Berdepan Hukuman Penjara

Buat ‘Content’ Di Bawah Landasan Kereta Api, YouTuber Berdepan Hukuman Penjara | Seorang pesohor YouTube di Indonesia berdepan hukuman penjara tiga bulan kerana berdiri di bawah landasan ketika tren bergerak laju semata-mata untuk menghasilkan kandungan tular.

Dede Inoen melakukan aksi berbahaya itu di Cianjur, dalam wilayah Jawa Barat dan memuat naik video tersebut pada Disember tahun lalu. Ia bagaimanapun hanya menjadi tular baru-baru ini.

Dalam videonya, dia berada di bawah landasan kereta api di sebuah jambatan sepanjang beberapa puluh meter yang dibina merentasi sebatang sungai.

Dia merakam gambar kepalanya terjojol keluar di landasan tersebut.

Sebuah kereta api kemudiannya meluncur laju ke arah mereka dan Dede meneruskan rakaman dengan keadaan dirinya berada di bawah badan kereta api.

Menurut Dede, dia pada awalnya berada di kawasan landasan kereta api itu untuk menangkap ular bagi dijadikan bahan pembelajaran.

“Kandungan video itu sebenarnya adalah untuk mencari ular, namun ketika menyeberangi jambatan, sebuah kereta api melalui landasan tersebut.

“Disebabkan itu, saya hanya berdiri di jambatan itu kerana berbahaya jika saya melompat ke dalam sungai,” jelasnya.

Disebabkan aksi berbahaya itu, Dede berdepan hukuman penjara tiga bulan atau denda 15 juta rupiah (RM4,403) di bawah Perkara 199 Undang-Undang No 23 Tahun 2007 mengenai Kereta Api.

Dia bagaimanapun diberi peluang untuk membuat permohonan maaf yang dimuat naik di platform media sosial miliknya bagi mengelakkan daripada didakwa. – AGENSI

Sumber: KMN

 

Share.

Leave A Reply