Selain Pemegang PhD Harvard, Ini Biodata PENUH Sultan Perak Yang Ramai Tak Tahu

| January 7, 2019 | 0 Comments

Selain Pemegang PhD Harvard, Ini Biodata PENUH Sultan Perak Yang Ramai Tak Tahu | Dilantik menjadi pemangku sementara Agong Malaysia, ramai ingin mengenali Sultan Perak dengan lebih dekat. Selain pemegang ijazah PhD dari Universiti Harvard yang tersohor dunia, ini biodata penuh Sultan Nazrin. Tolong jangan abaikan artikel ini.

BIODATA PENUH SULTAN NAZRIN, SULTAN PERAK

Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah diputerakan pada 27 November 1956.

Selain Pemegang PhD Harvard, Ini Biodata PENUH Sultan Perak Yang Ramai Tak Tahu

Baginda telah dimasyhurkan sebagai Raja Kecil Besar Perak pada 16 Februari 1984 dan sebagai Raja Muda Perak pada 15 April 1987.

Selain Pemegang PhD Harvard, Ini Biodata PENUH Sultan Perak Yang Ramai Tak Tahu

Dewan Negara Perak telah mencapai kata sepakat memilih baginda sebagai Sultan Perak Ke-35 dengan gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. – Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Setelah kemangkatan ayahanda baginda, Paduka Seri Sultan Azlan Muhibbuddin Shah pada 28 Mei 2014, Dewan Negara Perak telah mencapai kata sepakat memilih baginda sebagai Sultan Perak ke-35 dengan gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Baginda dimasyhurkan sebagai Sultan pada 29 Mei 2014.

Baginda memulakan alam persekolahan di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sehingga darjah 5, dan menyambung pendidikan rendah dan menengah rendah dari Darjah 6 hingga Tingkatan 2 di Sekolah St. John, Kuala Lumpur.

Selain Pemegang PhD Harvard, Ini Biodata PENUH Sultan Perak Yang Ramai Tak Tahu

Pada 14 Ogos 2014, baginda berkenan menerima peranan sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Jurutera Diraja Tentera Darat dan Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia. – Foto BERNAMA

Ketika berusia 13 tahun, baginda berangkat ke United Kingdom untuk meneruskan pengajian di The Leys School, Cambridge.

Baginda kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, diikuti dengan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard.

Baginda ialah Felow Kehormat Worcester College, Universiti Oxford dan juga Magdalene College dan St Edmund’s College, Universiti Cambridge; Ahli Pemegang Amanah Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Felow Diraja Institusi Pertahanan dan Keselamatan Malaysia; Felow Diraja Institut Kajian Strategi dan Hubungan Antarabangsa Malaysia; Felow Diraja Institut Keselamatan Awam Malaysia; dan Penaung Diraja kepada Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia.

Selain Pemegang PhD Harvard, Ini Biodata PENUH Sultan Perak Yang Ramai Tak Tahu

Baginda kemudiannya memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, diikuti dengan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard. – Foto Fail

Atas jemputan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Tuan Yang Terutama Ban Ki-moon, baginda telah berkenan mengambil tanggungjawab sebagai Pengerusi Bersama Panel Kewangan Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2015-2016.

Baginda pernah memenuhi peranan sebagai Duta Khas Malaysia menghadiri Dialog Antara Agama dan Antara Kebudayaan di konferens Perikatan Peradaban anjuran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Baginda dilantik sebagai Canselor Universiti Malaya berkuat kuasa 16 Julai 2014.

Selain Pemegang PhD Harvard, Ini Biodata PENUH Sultan Perak Yang Ramai Tak Tahu

Baginda memulakan alam persekolahan di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sehingga darjah 5, dan menyambung pendidikan rendah dan menengah rendah daripada darjah 6 hingga tingkatan 2 di Sekolah St. John, Kuala Lumpur. – Foto BERNAMA

Pada 14 Ogos 2014, baginda berkenan menerima peranan sebagai Kolonel Yang Dipertua Rejimen Jurutera Diraja Tentera Darat dan Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia.

Baginda diijabkabulkan dengan Tuanku Zara Salim pada 17 Mei 2007 dan dikurniakan seorang putera, Raja Azlan Muzzaffar Shah pada 14 Mac 2008 dan seorang puteri Raja Nazira Safya pada 2 Ogos 2011.

Selain Pemegang PhD Harvard, Ini Biodata PENUH Sultan Perak Yang Ramai Tak Tahu

Sumber: sultannazrinshah.com via Astro Awani

Tags: , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *