Seorang Bapa Namakan Empat Anaknya Dengan Huruf V J L Dan N. | Jakarta: Seorang bapa di Jawa Timur, Indonesia tekad menamakan keempat-empat anaknya dengan satu huruf.
Biarpun keputusan Sukari,46, itu ditentang keluarganya, namun lelaki itu selesa menamakan anaknya dengan V, J, L dan N.
Katanya, anak sulungnya yang kini berusia 18 diberi nama V manakala anak kedua J diikuti L serta anak bongsu N.
Sukari berkata, pada mulanya ibunya serta jiran mempertikaikan keputusannya itu, namun lama kelamaan orang sekeliling mula menerimanya.
Katanya, dia selesa memberikan nama pendek itu kerana lazimnya panggilan hanya satu kata.
“Saya dan isteri mahu nama anak kami yang sederhana dan ringkas saja.
“Alhamdulillah, saya dan isteri sepakat.
“Segala proses pendaftaran berjalan lancar, malah anak kami tidak pernah dibuli kerana nama mereka satu huruf saja,” katanya.
Sumber : HM