Seorang Doktor Rugi RM170k Beli ‘Lampu Aladdin’.

| November 1, 2020 | 0 Comments

Seorang Doktor Rugi RM170k Beli ‘Lampu Aladdin’. | Seorang doktor di India rugi lebih RM170,000 setelah membayar wang pendahuluan untuk membeli “lampu Aladdin” yang didakwa mampu memberi kekayaan dan kesihatan.

Suspek merupakan dua lelaki yang mendakwa lampu yang dijual mereka mampu mengeluarkan ‘roh’ sama seperti dalam hikayat dongeng Aladdin.

Dua lelaki berkenaan dilaporkan menjual lampu ‘ajaib’ itu pada harga AS$200,000 (RM430,000) dengan wang pendahuluan sebanyak AS$41,600 (RM172,766).

Lapor NDTV, mangsa yang menyedari dirinya ditipu telah membuat aduan di Meerut, barat Uttar Pradesh.

Menurut mangsa, dia bertemu suspek ketika sedang merawat seorang wanita yang didakwa ibu kepada dua lelaki terbabit.

“Mereka memberitahu saya tentang dewa yang mengunjungi rumah mereka, dan mempengaruhi saya untuk datang ke rumah untuk melakukan ritual,” cerita mangsa kepada NDTV.

Mangsa memberitahu dalam satu ritual di rumah dua lelaki berkenaan, ‘Aladdin’ benar-benar membuat penampilan di depannya.

“Saya hanya menyedari suspek bertudung itu menyamar dengan berpakaian seperti Aladdin,” jelas mangsa.

Susulan laporan mangsa, dua suspek berjaya ditangkap di Uttar Pradesh.

Bagaimanapun suspek ketiga yang merupakan seorang wanita masih bebas.

Sumber : Astro Awani

Tags: , , , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *