Seorang Lelaki Ditahan Selepas Tikam Ibunya Bertubi-Tubi. | ACEH: Seorang pemuda yang didakwa mempunyai masalah mental menikam ibunya yang ketika itu menyiapkan sarapan pagi dalam satu kejadian di Bener Meriah, Aceh kelmarin.

Menurut polis, kejadian berlaku ketika mangsa memasak juadah sarapan pagi sebelum dia masuk ke tandas.

“Suspek yang berusia 30 tahun tiba-tiba meluruh ke arah ibunya dan menikam wanita itu bertubi-tubi.

“Mangsa sempat menjerit minta tolong dan jeritannya didengari oleh beberapa jiran yang segera datang ke rumah anak-beranak tersebut,” kata jurucakap polis, Rime Gayo.

Katanya, mangsa mengalami luka tikaman di bahagian bahu, punggung, kepala, tapak tangan serta muka.

Jelas Rime, ketika para jiran membantu ibunya untuk dibawa ke hospital, suspek melarikan diri sebelum ditahan polis dengan bantuan penduduk kampung.

“Hasil siasatan awal mendapati suspek mempunyai sejarah mengalami masalah mental dan pernah menerima rawatan di hospital mental,” ujarnya.

Sementara itu, keadaan ibu mangsa dilaporkan stabil dan masih menerima rawatan di hospital.

Sumber : UM

Share.

Leave A Reply