Seorang Lelaki Ditemui Maut Ditetak.

| December 9, 2020 | 0 Comments

Seorang Lelaki Ditemui Maut Ditetak. | BELURAN: Seorang lelaki ditemui mati dengan kesan tetakan pada kepala, belakang bahu dan putus lengan kanan di Ladang Sabah, hari ini.

Mayat mangsa yang disahkan warga Indonesia berusia 36 tahun dan bekerja di kilang kelapa sawit di ladang berkenaan, ditemui kira-kira jam 7.30 pagi dalam keadaan tertiarap.

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, mangsa dikatakan tidak hadir bekerja sejak semalam dan pekerja ladang menemui kenderaannya ditinggalkan di tepi jalan.

“Selepas cubaan menghubungi mangsa gagal, rakannya mula mencari di sekitar lokasi kenderaan ditemui sebelum mayat terbabit ditemui.

“Pemeriksaan mendapati kesan luka dipercayai akibat tetakan pada kepala, belakang bahu dan lengan kanan atas siku pada anggota badan mangsa juga putus,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kasim berkata, pihaknya percaya mangsa ditetak menggunakan parang dan mayat kemudian dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Beluran untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini, punca kejadian masih disiasat dan kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 302 kanun Keseksaan,” katanya.

Sumber : BH

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *