Seorang Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Dlm Kereta Terapung.

| September 18, 2021 | 0 Comments

Seorang Lelaki Ditemui Meninggal Dunia Dlm Kereta Terapung. | Sandakan: Lelaki ditemui maut dalam kereta yang terapung di muara sungai dekat Batu Tujuh di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan, Jimmy Lagung berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 5.44 pagi.

Katanya, panggilan dibuat orang awam yang memaklumkan ada kenderaan timbul di muara sungai berkenaan.

“Sepasukan tujuh anggota bersama jentera penyelamatan bergegas ke lokasi untuk kerja menaikkan kenderaan ke darat.

“Bagaimanapun, sebaik tiba dan pemeriksaan dibuat mendapati terdapat lelaki berada di kerusi pemandu kereta itu dan mangsa dikenali Thien Nyuk Kong yang berusia 62 tahun.

“Kenderaan berjaya dinaikkan dan pemeriksaan ke atas mangsa mendapati dia sudah meninggal dunia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber : HM

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *