Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Seorang Lelaki Gantung Diri Kerana Peminjam Tak Bayar Hutang. | Sungai Petani: Tertekan kerana peminjam gagal melunaskan hutang membuatkan seorang lelaki menggantung diri di rumahnya di sini, hari ini.

aasds

Dalam kejadian, mayat lelaki berusia 58 tahun yang menjalankan perniagaan pinjaman wang berlesen ditemui isterinya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda Superintendan Anuar Abd Rahman berkata, polis menerima panggilan pada 7.15 pagi daripada isteri mangsa.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati lelaki berkenaan tinggal di rumah terbabit bersama isteri dan anak perempuan berusia 17 tahun.

“Isteri memberitahu suaminya dilihat berada di ruang tamu seorang diri sebelum tidur di atas sofa jam 12.30 tengah malam.

“Isteri mangsa memberitahu dia kemudian masuk tidur dalam bilik bersama anak perempuan dan tidak mengesyaki sebarang perubahan pelik ditunjukkan suaminya.

Anuar berkata, pemeriksaan lanjut juga mendapati lelaki terbabit sempat menghantar pesanan suara melalui WeChat kepada anak perempuannya pada 2.38 pagi meminta supaya remaja itu menjaga ibunya dengan baik.

“Bagaimanapun, anak perempuannya tidak mengesyaki sebarang perkara pelik dan isteri mangsa juga memberitahu ada mendengar bunyi anjing menyalak pada 3 pagi namun dia tidak menghiraukannya.

“Kejadian itu hanya disedari selepas isteri mangsa mahu mengejutkannya di ruang tamu namun dia pelik kerana suaminya tiada dalam rumah sebelum menemui lelaki terbabit di halaman luar,” katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati lelaki itu membantu isterinya yang mengusahakan perniagan pinjaman wang berlesen dan dia dikatakan tertekan kerana turut meminjam wang daripada Ah Long.

“Lelaki terbabit menghadapi tekanan kerana peminjam gagal melunaskan hutang kepada syarikatnya membuatkan dia juga gagal membayar kembali hutang kepada Ah Long.

“Bagaimanapun, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian ini dan setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Menurutnya, siasatan di tempat kejadian tidak menemui sebarang unsur jenayah.

“Mayat dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim untuk bedah siasat,” katanya.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply