Seorang Lelaki Rebah Dan Meninggal Dunia Ketika Main Futsal.

| December 9, 2020 | 0 Comments

Seorang Lelaki Rebah Dan Meninggal Dunia Ketika Main Futsal. | Sungai Besar: Seorang lelaki rebah dan tidak sedarkan diri ketika bermain futsal di gelanggang futsal di Dewan Seri Bernam di sini, semalam sebelum disahkan meninggal dunia.

Meninggal Dunia

Pada kejadian jam 9.30 malam, mangsa yang berusia 20 tahun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, mangsa sedang bermain futsal bersama rakan sebelum rebah di tepi tiang gol.

“Rakan mangsa menghampirinya dan memanggil namanya namun tiada reaksi.

“Rakannya menghubungi ambulans sebelum dibawa ke HTAJ namun mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan,” katanya pada kenyataan hari ini.

Agus Salim berkata, tiada unsur jenayah membabitkan kematian mangsa.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *