Seorang Lelaki Warga Emas Usia 85 Tahun Dipijak Dan Disamun.

| November 17, 2020 | 0 Comments

Seorang Lelaki Warga Emas Usia 85 Tahun Dipijak Dan Disamun.| Kuala Selangor: Lelaki warga emas bukan hanya disamun, malah dipijak seorang remaja dalam kejadian di Kampung Bukit Kuching Tengah, Jeram, di sini, semalam.

Dalam kejadian 2 petang itu, mangsa berusia 85 tahun yang tinggal bersendirian sedang berada di ruang tamu sebelum didatangi suspek berusia 17 tahun.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor Superintendan Ramli Kasa berkata, suspek yang tidak dikenali terus menyerang mangsa dengan memijak badannya.

“Suspek menghunus pisau ke arah mangsa supaya tidak menjerit sebelum menggeledah rumah dan mengambil telefon bimbit milik mangsa serta melarikan diri melalui pintu dapur,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, mangsa cedera di kepala serta mendapat lima jahitan.

Katanya, berdasarkan risikan dan maklumat polis, suspek berjaya ditahan di Pekan Jeram pada 1.30 pagi, hari ini.

“Senjata (pisau) yang digunakan suspek dalam jenayah samun terbabit dirampas. Hasil siasatan lanjut mendapati suspek mengaku terbabit dalam kes itu.

“Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 19 November. Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan (KK),” katanya.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *