Seorang Pemilik Restoran Ditemui Meninggal Dunia Dalam Bilik Tidur. | Sejak akhir-akhir ini kita sering mendengar tentang kematian secara mengejut. Ada yang bunuh diri, ada yang sakit dan banyak lagi berpunca daripada pelbagai kes. Terbaru, seorang pemilik restoran dimeui meninggal dunia di dalam bilik tidur. Baca selanjutnya.
Sungai Besar: Seorang pemilik restoran ditemukan meninggal dunia ketika tidur di restoran miliknya di Pekan Sungai Besar, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd berkata, mangsa berusia awal 40-an ditemukan pekerjanya di dalam bilik tidur yang terletak di belakang restoran itu, kira-kira jam 4 petang.
“Siasatan awal mendapati mangsa merupakan pemilik dan juga tukang masak restoran berkenaan. Tiada sebarang unsur jenayah ditemukan terhadap kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.
Agus Salim berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam untuk bedah siasat dan saringan Covid-19.
“Bedah siasat akan dibuat sebaik keputusan saringan diperolehi. Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.
Terdahulu, tular di laman sosial mengenai kejadian yang menimpa pemilik restoran berkenaan yang mendapat perhatian netizen.
Sumber : HM