Seorang Siak Masjid Ditemui Meninggal Dunia Dalam Longkang. Alfatihah.

| January 20, 2021 | 0 Comments

Seorang Siak Masjid Ditemui Meninggal Dunia Dalam Longkang. Alfatihah. | Dungun: Seorang siak ditemukan mati di dalam longkang di kawasan Masjid Hadhari Paka, di sini, hari ini.

Mangsa, Abdul Hamid Mat Zahari, 45, ditemukan bilal masjid terbabit, Che Ku Mohd Fauzi Che Engku Mohd Razali, pada 12.50 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, bilal terbabit yang tinggal di Kampung Batu 7, dikatakan terkejut sebaik menemui mangsa di dalam longkang terbabit sebaik keluar dari tandas masjid.

“Bilal terbabit yang terkejut dengan kejadian itu beberapa kali mengejutkan mangsa dan mendapati mangsa tidak sedarkan diri.

“Bilal terbabit kemudiannya menghubungi Klinik Kesihatan Paka dan hasil pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya.

Baharudin berkata, polis yang menerima laporan pada 1.15 tengah hari bergegas ke lokasi kejadian untuk melakukan siasatan.

“Siasatan mendapati terdapat kabel tiang lampu berhampiran dengan kaki mangsa dan kita percaya mangsa terjatuh disebabkan kabel terbabit.

“Mayat mangsa dibawa ke Bilik Forensik Hospital Dungun untuk siasatan lanjut dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *