Seorang Suri Rumah Ditemui Mati Tergantung Pada Kipas. | SEREMBAN – Seorang suri rumah ditemui mati dalam keadaan tergantung pada kipas di sebuah rumah di Taman Semaya Iringan Bayu di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 8.05 pagi itu, mangsa seorang wanita berusia 25 tahun ditemui tergantung di kipas dalam keadaan tidak sedarkan.

“Pihak polis telah bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan polis yang daripada suami mangsa.

“Mangsa seorang suri rumah sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia dua tahun,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Nanda, ketika kejadian mangsa tinggal bersama suami manakala anak perempuannya berada di rumah keluarga mangsa.

“Setakat ini, motif kejadian masih dalam siasatan pihak polis dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut,” katanya.

Sumber : Kosmo

 

 

 

ARTIKEL LAIN MENARIK UNTUK DIBACA

Empat sekeluarga di Jakarta maut akibat kebuluran

JAKARTA: Mayat sebuah keluarga ditemukan dalam keadaan tragis di rumah mereka di Kalideres di Jakarta Barat Khamis lalu selepas dipercayai maut akibat kebuluran.

 

Portal CNN Indonesia melaporkan, polis menemukan empat mayat wanita dan lelaki dewasa daripada keluarga sama, berumur antara 42 tahun hingga 71 tahun di lokasi berbeza di dalam rumah berkenaan.

“Mayat bapa ditemukan di bilik tidur di bahagian belakang manakala mayat bapa saudara pula berada di ruang tamu dalam posisi bersandar di sofa.

“Mayat ibu dan anaknya kedua-duanya berada di ruang bilik tidur di bahagian depan,” jelas Ketua Polis Jakarta Barat, Komisioner Pasma.

Penemuan empat mayat itu dibuat selepas penduduk setempat memecah masuk rumah berkenaan akibat tidak tahan dengan bau busuk yang datang dari rumah itu.

“Apabila bau semakin kuat, saya selaku ketua rukun tetangga mengambil tindakan memecah masuk ke dalam rumah dengan diiringi pegawai keselamatan tempatan dan kakitangan pengurusan wilayah.

“Saya terkejut melihat mayat di ruang tamu dan ketika menyuluh di seluruh rumah yang gelap itu saya temui tiga lagi mayat dan saya kenali salah satunya bernama Dian iaitu anak penghuni rumah,” jelas Ketua Komuniti kawasan berkenaan, Asiung.

Pasma berkata, selepas menjalankan pemeriksaan, pasukan forensik mendedahkan mereka tidak menemui sebarang kesan parut atau luka pada empat mayat berkenaan.

Polis mengesyaki kematian empat mayat itu adalah kerana sudah terlalu lama tidak makan dan minum.

“Berdasarkan pemeriksaan, tiada makanan dalam perut mayat-mayat ini jadi doktor mengesyaki mereka meninggal dunia kerana tidak makan atau minum dalam tempoh yang agak lama sehingga otot-otot turut mengecut.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati keluarga malang ini sudah meninggal dunia sejak tiga minggu lalu tetapi kematian setiap mereka berlaku pada masa yang berbeza,” jelas Pasma.

 

 

 

Suami isteri cedera kereta dihempap pokok

BANDAR BAHARU – Sepasang suami isteri cemas apabila kereta dinaiki mereka dihempap sebatang pokok dalam kejadian di Jalan Terap, Sungai Tengas, dekat sini hari ini.

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu, pemandu kereta jenis Proton Wira Aeroback cedera ringan manakala isterinya yang duduk di tempat penumpang hadapan dilaporkan patah pergelangan tangan kanan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Serdang, Penolong Penguasa Bomba Mohd. Faiz Helmi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 8.22 pagi tadi.

“Sebaik tiba di lokasi, sebatang pokok sebesar satu pemeluk didapati tumbang melintang jalan dan menghempap sebuah kereta.

“Kejadian berlaku kereta dinaiki pasangan suami isteri berusia 51 dan 58 tahun itu sedak bergerak dari arah Kampung Sungai Tengas ke Kampung Terap,” katanya di sini hari ini.

Katanya, pegawai operasi kemudian menggunakan peralatan khas, gergaji berantai, cutter dan spreader hydraulic untuk mengeluarkan mangsa dari kenderaan.

“Mangsa diberikan rawatan awal di tempat kejadian dan dibawa ke Hospital Kulim dengan jentera EMRS untuk rawatan lanjut,”ujarnya

Share.

Leave A Reply