Seorang Wanita Simpan Mayat Anaknya Selama Seminggu. Ini Puncanya. | Mayat seorang lelaki yang telah meninggal dunia di sebuah rumah flat dipercayai disimpan oleh ibu selama lebih dari seminggu kerana berat hati untuk berpisah dan melepaskan anak kesayangannya itu.

Insiden tersebut difahamkan berlaku di unit tingkat lima, Blok 85 Commonwealth Close, lapor Shin Min Daily News, memetik Mothership.

Salah seorang wartawan yang berada di tempat kejadian mendakwa terdapat bau tengik dapat dikesan menerusi koridor rumah tersebut pada 21 Jun yang lalu.

Menurut salah seorang jiran yang tinggal di blok rumah yang sama lebih 10 tahun lalu berkata bahawa kedua-duai ibu dan anak itu menghuni bangunan itu lebih awal dan lama daripada mereka.

“Lelaki itu kurus dan biasanya akan keluar dari rumah sekitar jam 8 atau 9 pagi untuk menggantung pakaian dan menyiram pokok bunga.

“Walaupun tidak berjumpa dengannya selama seminggu, mereka tidak menyangka bahawa dia telah meninggal dunia,” lapor Mothership.

Salah seorang lagi jiran berkata bahawa mereka menyedari adanya bau busuk sejak seminggu yang lalu, namun tidak menghiraukannya. Pihak polis kemudian telah dihubungi setelah bau tersebut semakin kuat dan bimbang jika berlaku kejadian yang tidak diingini kepada penghuni rumah berkenaan.

Sebaik sahaja polis tiba, mereka terpaksa menunggu lebih kurang satu jam kerana tidak ada sahutan dari rumah tersebut. Setelah lama menunggu, rumah itu berjaya dibuka dengan bantuan seorang tukang kunci.

Pihak polis kemudia menemui mayat seorang lelaki dalam keadaan tertunduk di ruang tamu dengan keadaan jasadnya sudahpun reput.

“Sebaik sahaja pegawai polis masuk, saya mendengar wanita tua itu menangis, mungkin kerana dia keberatan untuk membawa anaknya itu pergi.

“Saya turut merasa sedih mendengarnya, lagi pula itu adalah momen di mana seorang ibu yang menghantar anaknya, agak sukar untuk dia terima,” jelas salah seorang jiran, lapor Mothership.

Difahamkan juga, ketika ditemui mayat berkenaan turut dihurungi lalat.

Wanita yang berusia lingkungan 80-an itu mempunyai dua orang anak, lelaki dan juga perempuan, menurut jiran lain. Difahamkan, polis telah mengeluarkan mayat itu kira-kira jam 6:45 petang.

Menurut Mothership, pihak polis telah menerima laporan berkaitan kematian tersebut pada jam 12.38 tengah hari, 21 Jun 2022. Polis menolak dakwaan bahawa kematian itu berpunca dari pembunuhan dan kes tersebut masih lagi dalam siasatan.

Sumber : Siakapkeli

Share.

Leave A Reply