Seorang Wartawan Dikompaun. Ini Tindakkan Menteri Kesihatan. | PETALING JAYA: Kompaun dikenakan terhadap seorang wartawan pada hari penamaan calon pilihan raya negeri (PRN) Johor, semalam, dibatalkan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

kj

Beliau berkata, laporan dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu diteliti dan ternyata bukan salah wartawan berkenaan.

“Saya dah minta saman itu dibatalkan kerana tengok balik laporan itu bukan salah dia.

“Saya beritahu pada penguatkuasa sekiranya wartawan buat kerja dan ini bukan salah dia maka tidak perlu dikompaun,” katanya menurut laporan Sinar Harian.

Semalam, Wartawan Sin Chew Daily Wong Kian Yong, dikenakan kompaun oleh pegawai kementerian kesihatan yang mendakwa beliau gagal menjarakkan diri, di luar Dewan Jabatan Kerja Raya. Wong hadir di lokasi berkenaan untuk membuat liputan penamaan calon membabitkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Larkin.

Wong mendekati calon bagi mendapatkan perincian maklumat peribadi.

Wartawan lain dari portal berita, Malaysia Gazette, Khairulanuar Yahaya, diberikan amaran.

Tindakan kompaun itu turut mengundang reaksi daripada Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) selepas Pengarah Eksekutifnya, Wathslah Naidu berkata, pihak berkuasa sepatutnya memperuntukan peluang sama rata untuk sesi temuramah semua calon dan parti lain, di pusat penamaan calon.

“Sepatutnya tiada halangan diletakkan yang boleh menghalang wartawan menjalankan peranan mereka dalam menyebar luas maklumat kritikal dan tepat pada masanya,” katanya.

Sumber : FMT

Share.

Leave A Reply