Bangkai Sotong Gergasi Terdampar Di Pantai. Tanda Apakah Ini? | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Sotong gergasi terdampar di tepi pantai? Baru-baru ini ada satu pages di facebook telah memuatnaik beberapa keping gambar seekor sotong gergasi yang terdampar di sebuah pantai. Jika perkara ini terjadi apa yang perlu kita lakukan?

sotong

Mengapa sotong terdampar di tepi pantai?

Salah satu punca ialah mungkin sotong itu cedera atau sakit. Kerana jika ia cedera atau sakit, ia tidak mampu untuk berenang ke habitatnya. Selain itu, perubahan suhu air juga menjadi salah satu faktor sotong gergasi akan keluar daripada habitatnya.

sotong

sotong

sotong

Pencemaran seperti tumpahan minyak atau bahan kimia berbahaya dapat mempengaruhi kesihatan dan menyebabkan mereka terdampar. Selain itu juga, Kehabisan makanan di habitat juga menjadi salah satu punca sotong gergasi berpindah tempat dan berakhir di pantai.

Walaupun gambar itu hanyalah daripada Artificial intelligence (AI), namun ia mungkin boleh memberi peringatan kepada kita semua. Rata-rata komen pengguna media sosial ada yang negatif dan positif, dan sudah pasti ada yang lawak. Kami kongsikan beberapa komen daripada netizen tentang fenomena ini. Semoga sedikit sebanyak dapat memberi peringatan kepada kita.

sotong

sotong

Sotong

BERITA TERDAHULU

Pada Tahun 2022, seekor sotong gergasi ditemui terdampar di sebuah pantai dekat Cape Town, Afrika Selatan. Penemuan itu telah disiarkan di Instagram oleh Alison Paulus yang menunjukkan bangkai tersebut terdampar di pantai berkenaan.

Gambar- gambar yang disiarkan itu menunjukkan haiwan tersebut bersaiz berkali ganda tinggi daripada saiz sotong biasa.

sotong

Paulus ialah seorang penduduk Cape Town dan pengasas organisasi pemuliharaan hidupan liar iaitu Volunteer and Explore. Dia memberitahu Live Science bahawa bangkai  itu sepanjang kira-kira 2.2 meter.

Namun, katanya, jika diukur sehingga ke sesungut, panjang hidupan laut itu akan bertambah sehingga 3.5 meter. Jon Friedman iaitu seorang pegawai hidupan liar dari Persatuan Menghalang Kekejaman Haiwan Tanjung Pengharapan (SPCA) memberitahu  tersebut ialah betina dan berumur kira-kira dua tahun.

Menurutnya, berdasarkan kepada luka yang terdapat pada bangkai haiwan itu, ia dipercayai mati selepas dilanggar oleh kapal di laut.

Pakej vietnam

Share.

Leave A Reply