Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Speaker Tolak Usul Banjir. Ini Komen Tok Mat Buat Ramai Setuju. |PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan menyifatkan tindakan Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun menolak usul tergempar membahaskan krisis banjir di Parlimen sebagai tidak sensitif, tidak berparlimen dan pengabaian tanggungjawab yang serius.

Katanya, tiada agenda lebih besar dan utama daripada krisis banjir yang melanda beberapa negeri sejak Jumaat lalu.

“Tiada aturan mesyuarat yang boleh mengatasi kepentingan rakyat kebanyakan yang kehilangan harta benda, nyawa dan memerlukan segala usaha penyelamatan yang segera.

“Tiada siapa yang lebih besar di Parlimen, selain rakyat dan kepentingan mereka,” katanya dalam kenyataan.

Semalam, sidang Dewan Rakyat kecoh seketika apabila Azhar tidak membenarkan beberapa Ahli Parlimen pembangkang dan kerajaan membahaskan isu banjir yang melanda lima negeri minggu lalu.

Azhar dilaporkan berkata, perkara itu tidak boleh dibahaskan kerana tidak terkandung dalam aturan urusan mesyuarat sidang Dewan Rakyat semalam.

Mohamad yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata, Parlimen adalah medan utama untuk membincangkan semua kemaslahatan negara dan rakyat, oleh itu ia sepatutnya berperanan sebagai Parlimen kelas pertama dan bukannya institusi “biasa-biasa”.

“Nampaknya, Malaysia semakin mundur ke belakang dalam kematangan demokrasinya, jika kita mempunyai kepimpinan Parlimen yang lebih mengutamakan aturan mesyuarat daripada akauntabiliti kerajaan kepada rakyat. Parlimen Malaysia sewajarnya lebih baik daripada apa yang ada pada waktu ini.

“Ia bukan institusi pegun dan hanya berfungsi mengikut agenda mesyuarat rutin. Ia adalah institusi moral dan demokratik yang paling utama dalam hidup berbangsa dan bernegara.”

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tok Mat berkata, Parlimen adalah tempat untuk kerajaan menjelaskan semua tindakan, dalam kuasanya, untuk menangani krisis yang timbul.

“Akauntabiliti kerajaan bukan untuk dijelaskan dalam sidang akhbar. Ia mesti dilakukan di Parlimen, sesuai dengan status dan peranan Parlimen itu.”

Sumber : FMT

Share.

Leave A Reply