STR Bujang 2024: Maksimum RM3700 untuk B40 | STR ataupun Sumbangan Tunai Rahmah adalah program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.

Sumbangan tunai rahmah (STR)
Sumber: Bantuan Rakyat

 

Terdapat beberapa info penting bagi penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR 2024) kategori bujang yang perlu anda ketahui. Sebagaimana yang telah diusul oleh Perdana Menteri dalam Belanjawan 2024 yang lalu, Sumbangan Tunai Rahmah akan ditingkatkan peruntukannya kepada RM10 bilion (2023: RM8 bilion)

Golongan bujang adalah antara yang akan terima bantuan STR 2024 selain dari isi rumah, warga emas tiada pasangan dan ibu atau bapa tunggal. Untuk m STR Bujang ini, soalan yang sering ditanya adalah berapa jumlah yang mereka peroleh? Bilakah tarikh pembayaran dan cara membuat semakan.

Oleh itu, sila baca info berikut dengan teliti agar faham dan jelas tentang bayaran bagi STR 2024. Anda juga boleh lihat pelbagai informasi menarik di sini.

 

Apakah STR 2024?

STR 2024 adalah program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang diusul dalam Belanjawan 2024 oleh Perdana Menteri.

Golongan Bujang antara kategori penerima bantuan ini selain daripada kategori isi rumah dan warga emas bujang / tiada pasangan.

Pada tahun yang lalu, pembayaran bagi program bantuan tunai dilaksanakan 4 kali setahun.

 

Tarikh Bayaran STR Bujang 2024

Menurut Perdana Menteri, tarikh bayaran pertama STR 2024 akan dibuat sebelum Ramadhan atau sekitar bulan Februari 2024.

Ia sebagai persiapan untuk menyambut bulan puasa dan persediaan sesi baharu persekolahan KPM tahun 2024.

Untuk makluman, berikut adalah tarikh awal puasa dan sesi baru sekolah 2024;

  • 10 Mac 2024 bagi Sesi persekolahan Kumpulan A
  • 11 Mac 2024 bagi Sesi persekolahan Kumpulan B
  • 12 Mac 2024 Awal Ramadhan (tertakluk kepada pengumuman penyimpan mohor besar raja-raja)

Pembayaran bagi fasa-fasa seterusnya akan diberi notis selepas ini.

 

Semakan Kelayakan STR Bujang

Semakan status STR boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui kaedah berikut;

  1. Aplikasi Semakan Tunai Rahmah dengan memuat turun di Play Store bagi Android dan di App Store bagi iOS
  2. Menghubungi LHDM
  3. Menghubungi MOF (Kementerian Kewangan Malaysia)
  4. Hadir ke LHDM berhampiran

 

Jumlah Bayaran

Kadar maksimum STR meningkat daripada RM3,100 kepada RM 3,700 (kategori keluarga).

Bagi kategori belia / bujang jumlah bayaran juga meningkat dari RM350 kepada RM500.

Untuk makluman juga, mulai tahun 2024, semua penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Dua kategori baharu diperkenalkan iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar di bawah data e-Kasih dan JKM.

Kategori bujang juga turut layak mendapat bantuan SARA ini dengan jumlah bayaran RM150.

Oleh yang demikian kadar STR 2024 bagi golongan bujang adalah seperti berikut;

  • Sumbangan Tunai Rahmah 2024 = RM350
  • Sumbangan Asas Rahmah (SARA) = RM150
  • Jumlah keseluruhan STR Bujang = RM500

 

Perincian pecahan bayaran ini, boleh rujuk pada maklumat Kementerian Kewangan di bawah;

 

Sumbangan tunai rahmah (STR)

Cara Bayaran

Berdasarkan bantuan yang lepas, bayaran akan dibuat secara berperingkat mengikut kategori penerima.

Bagi isi rumah, warga emas dan individu bujang yang ada akaun bank, bayaran akan terus dikreditkan ke akaun bank masing-masing.

Bagi penerima yang tidak punyai akaun bank (seperti Sabah & Sarawak), cara bayaran adalah melalui penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

 

Syarat dan Kelayakan STR Bujang

Buat masa ini belum ada pengumuman dari Kementerian Kewangan akan syarat terkini STR bujang. Namun, berdasarkan kepada STR 2023, individu bujang yang layak menerima STR adalah seperti berikut;

  1. Bujang atau Bujang OKU
  2. Had umur adalah 21-59 bagi Bujang dan 19-59 bagi Bujang OKU
  3. Pendapatan RM2,500 dan ke bawah.

 

Info dan Pertanyaan Mengenai STR

Orang ramai perlu ingat untuk merujuk laman web khas Belanjawan 2024 Malaysia MADANI yang dicipta oleh Kementerian Kewangan bagi ketahui info tepat tentang Belanjawan 2024.

Laman web ini boleh diakses melalui pautan di sini.

 

Soalan Lazim STR Bujang

Berapakah jumlah bantuan STR bujang 2024?

RM500

 

STR Bujang 2024 berapa kali bayaran?

Tarikh bayaran pertama STR 2024 akan dibuat sebelum Ramadhan atau sekitar bulan Februari 2024. Pembayaran bagi fasa yang akan datang akan diberi notis selepas ini.

 

Bagaimana cara semakan STR secara online?

https://bantuantunai.hasil.gov.my/

 

Bagaimana cara bayaran STR?

Ada akaun kredit ke akaun bank sendiri.

Tiada akaun- penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

 

Bilakah permohonan baharu STR dibuka?

Permohonan baharu dibuka pada November 2023. Bagi STR 2024, Permohonan akan dibuka sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.

 

Sumber: Bantuan Rakyat

Share.

Leave A Reply