Suami, Cekal Jaga Isteri OKU. Seorang suami cekal menjaga isterinya yang kurang upaya (OKU) sejak lahir. Pendapatannya yang hanya cukup-cukup makan menyebabkan mereka hanya mampu menggunakan kerusi roda untuk ke sesuatu destinasi. Baca selanjutnya.

wheel

BUTTERWORTH: Seorang wani­ta yang merupakan orang kurang upaya (OKU) cacat kaki dan tangan serta suaminya dari Kampung Bagan Dalam, dekat sini cekal menjalani kehidupan dengan hanya berkerusi roda untuk ke satu-satu destinasi.

Siti Aminah Jamalludin, 30, yang cacat sejak dilahirkan berkata, kerusi roda sumbangan Zakat Pulau Pinang (ZPP) itu merupakan pengangkutan utama setiap kali dia dan suami, Mohd. Sofi Osman, 38, ke pekan berhampiran untuk membeli barangan keperluan.

“Memang suami akan bawa saya dan anak bongsu, Siti Farhana yang berusia dua tahun ke pekan terdekat untuk membeli barangan keperluan sebab kami tiada pengangkutan.

“Malah, pendapatan suami yang hanya mengambil upah harian dengan membaiki kenderaan juga tidak mampu menampung perbelanjaan lebih-lebih lagi duit untuk tambang (pengangkutan awam). Jadi, kami hanya guna kerusi roda saja untuk bergerak ke mana-mana,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui di kediamannya di sini, hari ini.

“Disebabkan tak mampu dari segi kos dan kudrat suami, kami terpaksa menghentikan rutin pemeriksaan Siti Farhana di Hospital Seberang Jaya sejak setahun lalu.

“Mujur ketika ini dia (Siti Farhana) tidak mengalami sebarang gangguan kesihatan,” katanya yang turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Mohd. Aliff Irfan Mohd. Sofi, 9, yang dilahirkan normal.

Terdahulu, kisah pasangan itu tular apabila salah seorang pengguna media sosial me­rakam detik Mohd. Sofi menolak kerusi roda Siti Aminah bersama anak perempuan mereka dalam keadaan cuaca terik di persimpangan lampu isyarat dekat Bagan Luar, di sini yang mengundang rasa simpati warganet.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan kepada keluarga berkenaan boleh menghubungi Mohd. Sofi menerusi 016-9305211.

Sumber Harian: Utusan

Share.

Leave A Reply