Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2023 / 2024 | Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah sebuah program lanjutan kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bertujuan meringankan beban sara hidup golongan miskin tegar.

 

TERKINI: 700 ribu penerima STR akan mendapat Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan bagi pembelian barang keperluan di kedai runcit – Belanjawan 2024

 

Dalam Belanjawan Madani 2023, isi rumah dengan tiga anak atau lima anak dan kadar yang penting iaitu untuk miskin tegar, mendapat bantuan SARA sebanyak RM600. Manakala bantuan ini dibuka kepada 700,000 penerima STR dalam Belanjawan 2024, dengan bayaran RM100/sebulan untuk 12 bulan melalui sistem yang sama – iaitu melalui MyKad.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa bantuan itu bagi membolehkan penerima mendapatkan barangan keperluan makanan asas.

Selain itu, di bawah ini juga ada banyak info menarik di sini untuk ketahui dengan lebih lanjut.

 

Jumlah Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2024 – Belanjawan 2024

Mulai 2024, SEMUA penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berbanding hanya golongan miskin tegar yang layak bagi tahun 2023 seperti yang dijelaskan di laman web Kementerian Kewangan. Namun setiap jumlah yang mereka dapat bagi kategori-kategori ini adalah berbeza.

 

 

Kategori & Kadar Bantuan Sumbangan Asas Rahmah 2024 (SARA 2024)

Di bawah data e-Kasih dan JKM, terdapat 2 kategori baharu iaitu isi rumah miskin dan miskin tegar. Sebagai contoh, 2 kategori ini bakal menerima RM100 sebulan selama 12 bulan daripada SARA mulai Januari serta layak terima STR hingga RM2500 (bergantung kepada bilangan anak).

Kategori SARA 2024 Kadar Bantuan
STR Miskin RM1200
STR Miskin Tegar RM1200
STR Isi Rumah RM300
STR Bujang RM150

 

Sila rujuk lampiran penuh di bawah:

Bagi yang belum tahu cara untuk membuat semakan, status ini boleh disemak di sini.

 

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Sumbangan Tunai Rahmah bagi tahun 2023 dan 2024 serta para penerima yang layak.

 

 

Perbezaan Sumbangan Asas Rahmah 2023 (SARA 2023)

STR adalah program bantuan tunai untuk B40 di bawah Kementerian Kewangan yang dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR). STR bertujuan untuk bantu mereka yang kurang berkemampuan dalam hadapi cabaran kos sara hidup.

Bagi tahun 2023, Kerajaan memberi bantuan STR TAMBAHAN @ Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600 kepada isi rumah (miskin tegar) yang wujud pada data e-Kasih, Pejabat Persekutuan Negeri atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri dalam bentuk BAKUL MAKANAN serta BAUCER MAKANAN ASAS RM100 bagi tempoh enam bulan.

Sila rujuk infografik Kementerian Kewangan di bawah:

 

 

Nota : Individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang masih belajar sepenuh masa di Institusi Pengajian Tinggi Awam / Swasta hanya dibenarkan untuk dimasukkan ke dalam maklumat anak / tanggungan permohonan isi rumah dan tidak boleh membuat permohonan sebagai individu bujang.

 

Kategori Yang Layak Menerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2023

Kadar SARA berjumlah RM600 diberikankan kepada penerima isi rumah yang telah dikenal pasti berada dalam kategori miskin tegar.

Kelayakan kadar tambahan ini terhad kepada:

  • penerima isi rumah yang tersenarai sebagai Miskin Tegar dalam rekod data eKasih; dan
  • mesti berpendapatan isi rumah tidak lebih PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasarkan semakan silang agensi.

 

Berikut adalah cara untuk membuat semakan kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARa) STR 2023. Bagi penerima di Sabah dan Sarawak, anda perlu untuk membuat semakan terus di laman web STR, iaitu melalui pautan ini.

Ini kerana, penerima SARA di Semenanjung Malaysia berbeza dengan Sabah dan Sarawak yang akan terima bayaran one-off sebanyak RM600 melalui akaun bank berdaftar. Kaedah bayaran adalah seperti kaedah bayaran STR Fasa 3.

Sekiranya layak, anda perlu membuat semakan status terkini di portal MyKasih secara bulanan kerana bantuan ini akan diberikankan secara berperingkat (RM100 sebulan bagi tempoh 6 bulan).

 

CARA SEMAKAN STATUS DI PORTAL MYKASIH

  1. Layari portal semakan di portal MyKasih : https://apps.mykasih.net:8443/mkmember/Redang/Recip/CheckStatus.aspx?lang=
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan, sila klik butang SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila berikan captcha yang betul seperti imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan.

Jika anda tidak layak, laman web akan memaparkan “Tiada rekod ditemui” dan jika anda layan, jumlah wang akan dipaparkan di skrin anda.

 

 

Kadar Bantuan & Kaedah Penyaluran

Sumbangan akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan secara baucar untuk barangan makanan asas.

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diberi melalui pengkreditan ke Kad Pengenalan bagi mereka yang layak dengan pembelian barangan makanan di pasaraya terpilih.

Rujuk langkah-langkah terperinci di bawah:

LANGKAH MEMBELI BARANGAN BANTUAN MAKANAN

  1. Pilih Barangan Keperluan – Penerima bantuan boleh membeli barang asas berdasarkan 10 kategori makanan yang punyai label MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan – Juruwang semak status MyKad penerima bantuan
  3. Imbas Kod Barangan – Juruwang akan imbas setiap barang makanan asas yang ingin dibeli mengikut kaedah yang dipilih.
  4. Bayar Menggunakan MyKad – Penerima bantuan memasukkan nombot pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian
  5. Simpan Resit Untuk Semakan – Penerima bantuan menyimpan resit untuk semak transaksi pembelian.

 

Tarikh Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA)

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2023 telah mula disalurkan bermula 17 Julai 2023.

Selama 6 bulan bantuan ini akan diberikan iaitu dari bulan Julai hingga Disember 2023 (bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia). *Selain itu, bagi negeri-negeri di Sabah, Sarawak & WP Labuan, bayaran  RM600 secara tunai atau melalui akaun bank akan Diberikan secara lansung.

Sila rujuk jadual berikut :

  • SARA 1 – 17 Julai 2023 (RM100)
  • SARA 2 – 1 Ogos 2023 (RM100)
  • SARA 3 – 1 September 2023 (RM100)
  • SARA 4 – 1 Oktober 2023 (RM100)
  • SARA 5 – 1 November 2023 (RM100)
  • SARA 6 – 1 Disember 2023 (RM100)

Bantuan SARA ini akan diberikan RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan Bagi tahun 2024 – dengan jumlah bantuan RM1200. Pemohon STR boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) di Portal Rasmi STR untuk ketahui info lanjut.

 

Sumber: Sumbangan Tunai Rahmah

 

 

Share.

Leave A Reply