‘Susahkan’ Antivaksin. Ini Jawapan Balas KJ Kepada Anuar Ibrahim.

| October 17, 2021 | 0 Comments

‘Susahkan’ Antivaksin. Ini Jawapan Balas KJ Kepada Anuar Ibrahim. |PETALING JAYA: Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menegaskan, kerajaan telah sehabis usaha memberi penerangan berhubung kebaikan dan keberkesanan vaksin Covid-19 sejak awal lagi.

Malah, kata beliau, pihaknya telah mengemukakan segala bukti dan saintifik berhubung pelalian tersebut dan usaha itu tidak pernah terhenti.

“Nak kata kerajaan tidak cukup bagi penerangan tentang vaksin tidak betul. Kita dah kemukakan segala bukti saintifik tentang keberkesanan vaksin Covid-19 dari awal lagi. Kita terus memberi penerangan.

“I’m sorry, i have to be firm on this issue. Call me dajjal or whatever. (Saya minta maaf, saya kena tegas dalam isu ini. Panggilah saya dajal atau sebagainya),” kata Khairy menerusi ciapan Twitter beliau hari ini.

Khairy merujuk kenyataan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyifatkan kenyataan beliau yng akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan antivaksin jika mereka terus menolak penerimaannya sebagai satu langkah sombong.

Menurut Anwar, menjadi usaha kerajaan memastikan semua rakyat di negara ini menerima vaksin adalah dengan menggunakan kaedah merayu dan mendidik golongan ini mengenai kelebihan vaksin bagi menentang Covid-19.

Sebelum ini, Khairy menegaskan Kementerian Kesihatan komited untuk terus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia menerima vaksin malah akan ‘menyusahkan’ kehidupan harian golongan antivaksin jika mereka terus menolak penerimaan vaksin.

Sumber : UM

Tags: , , , , ,

Category: INFORMASI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *