Tangkap Suami Bersama Kekasih Gelap. Tindakkan Wanita Ini Buat Ramai Orang CEMAS. | JAKARTA – Seorang wanita yang mendapat tahu mengenai kecurangan suaminya bertindak nekad dengan berdiri di hadapan kereta lelaki itu yang sedang dipandu sehingga dirempuh secara tidak sengaja, lapor laman berita Suara.com semalam.

Suami Curang

Berdasarkan sebuah video yang tular di media sosial, seorang wanita bertudung hitam dilihat berdiri di hadapan sebuah kereta berwarna hitam yang dipandu suami bersama perempuan simpanannya.

Wanita itu dirempuh secara perlahan oleh kereta tersebut sehingga membuatkannya hampir jatuh, namun, dia dengan pantas memanjat ke atas bonet hadapan kereta itu.

Kedengaran suara orang ramai yang berada di lokasi kejadian menjerit melihatkan situasi itu.

Suami wanita berkenaan yang berada di dalam kereta bersama teman wanitanya hanya berdiam diri dan enggan keluar dari kenderaan itu.

Ia membuatkan orang ramai menghampiri dan mengepung kenderaan tersebut agar kedua-dua mereka keluar dari kereta itu.

Video tersebut menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Pasti anda fikirkan ia seperti dalam drama Layangan Putus, namun rasa sakit hati kali ini adalah sesuatu yang nyata,” kata seorang netizen.

“Tidak dapat bayangkan bagaimana rasa malunya lelaki itu,” kata seorang lagi. – AGENSI

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply