Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Tarik Sokongan Pada PM. Ini Komen DS Nazri Aziz. | KUALA LUMPUR: Pendedahan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa ada yang mendesak beliau campur tangan urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah membuktikan bahawa keputusan menarik sokongan terhadap Perikatan Nasional (PN) dibuat atas kepentingan peribadi, dakwa Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Menurut Nazri, pendedahan yang dibuat Muhyiddin itu membuktikan keputusan pihak yang menarik sokongan bukan kerana mahu menjaga kepentingan parti seperti yang didakwa sebelum ini.

“Saya kira ini kali pertama Perdana Menteri mendedahkan perkara ini kepada umum.

“Jadi bila Perdana Menteri sudah dedahkan bermakna kita tahu bahawa hendak tarik sokongan ini bukan kerana kepentingan parti sebaliknya kerana kepentingan peribadi,” katanya.

Beliau menegaskan pihak-pihak yang mempunyai kes di mahkamah sepatutnya mencontohi apa yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor atau Ku Nan yang kini menghadapi kes di mahkamah.

“Kalau nak bersihkan nama buat macam Ku Nan yang lawan kes di mahkamah yang akhirnya dibebaskan daripada kesnya.

“Jangan minta pihak lain campur tangan dan bebaskan kes di mahkamah. Bila tidak dapat, hendak tarik sokongan, ini tidak betul,” katanya lagi.

Terdahulu dalam satu Perutusan Khas pada Rabu, Muhyiddin yang memimpin kerajaan PN mendedahkan ada pihak yang kurang senang dengan ketegasannya untuk tidak melayan beberapa tuntutan mereka.

Menurut Muhyiddin, antara tuntutan yang dibuat termasuk desakan supaya beliau mencampuri urusan mahkamah untuk membebaskan beberapa individu yang sedang didakwa atas kesalahan jenayah.

Sumber : Astro

Share.

Leave A Reply