Teknik TikTok Live Yang Berkesan Untuk Marketing
| KHALIFAH MEDIA NETWORKS
Bagaimana teknik Tiktok Live yang berkesan untuk marketing? TikTok Live bukan lagi sekadar tempat ‘live suka-suka’ , ia kini jadi senjata marketing yang sangat powerful, terutamanya bagi peniaga kecil, founder produk, dan content creator. Bila digunakan dengan betul, TikTok Live mampu capai audiens secara real-time, bina kepercayaan, dan paling penting , buat jualan secara spontan.

Jom tengok teknik paling berkesan untuk jadikan TikTok Live sebagai alat marketing yang tak disangka-sangka boleh naikkan brand anda.
1. Warm-up 10-15 Minit Awal
Jangan terus menjual bila live bermula. Mulakan dengan sembang santai, cerita sedikit kisah anda, atau tanya soalan ringan. Ini buat penonton selesa dan bantu algoritma TikTok tolak live anda ke lebih ramai pengguna.
📌 Contoh: “Hari ni kita nak tunjuk satu produk best… tapi sebelum tu, siapa tengah online dari Kedah? Jom borak jap!”
2. Guna Hook Menarik & Nama Live Yang “Scroll-Stopping”
Gunakan tajuk live yang terus tarik perhatian, contoh:
-
“7 Sebab Kenapa Anda Masih Tak Kurus…”
-
“Live Testing Produk – Tengok Sendiri Hasilnya!”
-
“Live Hari Ni, Free Gift Menanti Siapa Stay Sampai Akhir!”
3. Bina Skrip ‘Soft-Sell’ Dalam Cerita
Masukkan info produk atau servis dalam bentuk bercerita, bukan menjual terus. Contohnya, “Saya dulu struggle nak hilangkan jeragat ni, sampai saya jumpa krim ni , hari ni saya nak tunjuk betul-betul macam mana saya pakai.”

4. Gunakan ‘Pinned Comment’ & CTA Semasa Live
Letakkan arahan atau info penting dalam pinned comment, contohnya:
✅ “Klik link di bio untuk order sekarang!”
✅ “Drop ‘SAYA NAK’ kalau nak kami DM link!”
Ia bantu guide penonton tanpa ganggu flow live.
5. Ajak Penonton Join & React – Lagi Banyak Engagement, Lagi Ramai Nampak
Tanya penonton, “Team jerawat ke team kulit kering?”, atau buat cabutan bertuah kecil-kecilan. Interaksi buatkan live lebih hidup dan naik ranking dalam algoritma TikTok.
Kesimpulan
TikTok Live bukan sekadar sembang kosong. Dengan skrip yang betul, gaya yang mesra, dan teknik engagement yang mantap, anda boleh ubah live kepada sesi jualan yang santai tapi berkesan. Ingat, orang suka beli dari orang yang mereka rasa kenal dan TikTok Live adalah tempat terbaik untuk bina hubungan tu.

Nak kami bantu anda bina skrip TikTok Live, visual hook & strategi naikkan jualan secara live?
Khalifah Media Networks sedia bantu dari A sampai Z untuk naikkan jenama anda di TikTok!
Klik LINK ini dan mula capai audiens dengan cara yang lebih fun, real dan berkesan.
Artikel menarik untuk dibaca:



