Topeng Faisal Halim Bukan Biasa-Biasa. Ini Pereka Topeng Faisal. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : KUALA LUMPUR: Kemunculan pemain sayap Selangor FC Mohamad Faisal Abdul Halim atau Faisal Halim.  Yang ‘bertopeng’ dalam sesi pemanas badan pasukan pada perlawanan separuh akhir kedua Piala FA. Sabtu lepas mencuri tumpuan umum.

Faisal

BUKAN TOPENG BIASA

Topeng muka itu bukanlah seperti topeng adiwira yang biasa dilihat. Sebaliknya ia adalah rekaan khas oleh sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaya (UM). Hasil kajian melalui BioApps Sdn Bhd berdasarkan nasihat daripada Jabatan Pemulihan Kecederaan Sukan.

UM dalam kenyataan hari ini memaklumkan. BioApps Sdn Bhd adalah syarikat spin-off UM yang ditubuhkan di bawah Centre for Applied Biomechanics (CAB). Fakulti Kejuruteraan dan kini menyediakan perkhidmatan prostetik dan ortotik tunggal untuk Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Antara penyelidik terlibat dalam penghasilan topeng muka berkenaan antaranya. Naib Canselor UM, Profesor Datuk Seri Dr Noor Azuan Abu Osman yang juga pakar penyelidik biomekanik dan rekabentuk prostetik.

“Penghasilan topeng muka khas ini adalah satu strategi utama UM. Untuk memasyarakatkan impak komuniti daripada kepakaran dan hasil penyelidikan universiti,”. Kata Noor Azuan dalam kenyataan itu.

Pakar perubatan pemulihan kecederaan sukan, Fakulti Perubatan UM. Dr Ahmad Hazwan Ahmad Shushami yang meneliti dan menilai kondisi Faisal pula berpendapat. Pemain The Red Giants itu memerlukan topeng muka khas bagi melindungi parut dan kecederaan beliau untuk kembali beraksi di padang.

BERJAYA HASILKAN TOPENG

Oleh itu, dalam tempoh seminggu. BioApps Sdn Bhd berjaya menghasilkan topeng berkenaan setelah menerima rekomendasi daripada pakar perubatan pemulihan kecederaan sukan.

faisal

Menurut Pakar Prostetik dan Ortotik BioApps Sdn Bhd. Muhammad Hazim Kamaruzaman berkata. Topeng tersebut diperbuat daripada bahan carbon fibre yang lebih ringan dan nipis. Supaya memberi keselesaan kepada Faisal untuk kembali beraksi di padang selain melindungi saraf dan luka pemain itu yang masih belum pulih.

“Topeng muka khas tersebut telah dihasilkan berdasarkan kondisi parut muka yang agak serius. Dan telah melalui beberapa peringkat pengukuran dan pengujian tahap keselesaan sebelum penghasilan peringkat akhir,” katanya.

Pelajar pascasiswazah kejuruteraan mekatronik Fakulti Kejuruteraan UM. Mouaz Al Kouzbary yang turut terlibat dalam penghasilan topeng itu pula berkata. Untuk mengenal pasti bentuk kepala dan muka. Pihaknya menggunakan teknologi saringan 3D manakala untuk menghasilkan topeng, teknologi percetakan 3D diperlukan.

Sementara itu, Faisal dalam kenyataan sama. Mengakui topeng muka khas itu membantu melindungi parut muka beliau semasa menjalani latihan dan perlawanan.

RASA NORMAL DAN SELESA

“Saya rasa kembali normal dan selesa untuk beraksi di padang. Mungkin pada pandangan masyarakat, pemakaian topeng muka tersebut agak janggal. Tetapi saya memerlukannya sehingga luka dan parut muka saya kembali pulih,”. Katanya yang kini fokus kepada tahap persediaan diri.

Faisal yang lebih mesra disapa Mickey. Membuat kemunculan kali pertama di khalayak ramai pada 16 Jun lepas pada perlawanan Piala FA antara Selangor FC dan Negeri Sembilan FC.

faisal

Pada 5 Mei lepas, Faisal mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa bahagian anggota badan. Selepas disimbah asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di Petaling Jaya dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari.

BERITA TERDAHULU

Pemain sayap Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim yang masih dalam proses pemulihan tidak menyangka akan mengisi bangku simpanan pada aksi separuh akhir kedua Piala FA 2024/ 2025 menentang Terengganu FC di sini, malam tadi.

Pada pertembungan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) itu, skuad Gergasi Merah menang 4-1 untuk melangkah ke final dengan bergaya selepas merakam keputusan agregat 6-4.

Mohamad Faisal atau lebih dikenali sebagai Faisal Halim berkata beliau dimaklumkan akan berada dalam senarai pasukan sehari sebelum perlawanan dan walaupun tidak diturunkan, beliau gembira dapat menjadi sebahagian daripada kejayaan manis di depan penyokong sendiri itu.

UCAPAN FAISAL

“Tahniah semua, kemenangan ini untuk anda semua, apa yang boleh saya katakan saya membawa semangat apa yang saya mampu, walaupun saya tak mampu bermain secara cergas lagi tetapi saya dapat beri satu semangat untuk rakan-rakan saya.

“Hampir tiga bulan, lagi beberapa hari masuk tiga bulan saya direhatkan dan kecederaan ini menimpa saya, saya memang amat sedih dan kembalinya saya pada malam ini (malam tadi) di Stadium MBPJ, salah satu semangat baharu untuk diri saya,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan di sini.

Ketua Jurulatih Selangor Mohd Nidzam Jamil berkata Faisal Halim disenaraikan kerana dua faktor iaitu kerana Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi tidak dapat diturunkan dan dirasakan layak selepas menjalani latihan penuh bersama pasukan sejak dua minggu lepas.

DOKTOR BENARKAN

“Saya tak cukup gila letak pemain yang tak boleh bermain dalam senarai, dia (Faisal Halim) dah berlatih dengan kita, doktor benarkan, ahli fisioterapi benarkan, sudah tentu ada risiko, pemain sihat pun ada risiko…saya ambil risiko untuk letak dia, saya rasa berbaloi,” katanya.

faisal

Terdahulu, Faisal Halim yang lebih mesra disapa Mickey menceriakan peminat Selangor apabila membuat kemunculan dalam sesi pemanas badan menjelang sepak mula perlawanan di sini.

Beliau yang menjadi mangsa simbahan asid oleh individu tidak dikenali di sebuah pusat beli-belah di sini, awal Mei lepas, dilihat memakai topeng muka berwarna hitam dipercayai bagi melindungi bekas luka simbahan asid yang dalam proses untuk sembuh.

Susulan insiden itu, pemenang anugerah gol terbaik pada Piala Asia 2023 di Qatar Januari lepas itu mengalami kecederaan melecur tahap empat pada beberapa anggota badan dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama kira-kira 10 hari.

 

Sumber : BH

Share.

Leave A Reply