Dalam beberapa tahun terakhir ini kita telah lihat pelbagai inovasi yang berlaku dalam teknologi terutama pada strategi pemasaran. Ini buat kan para pemasar kini memiliki alat yang lebih canggih untuk menjangkau dan kembangkan produk mereka
Semua trend ini penting bagi mereka tetap kekal relevan di tengah persaingan yang semakin ketat. Pendekatan yang tepat terhadap trend ini boleh menjadi penentu kejayaan dalam dunia pemasaran di era digital ini. Oleh itu ada beberapa trend terkini yang sudah jadi ikutan semua pemasar sekarang ini.
Video Marketing
Secara amnya memang tidak asing lagi pada masa kini hasil kan video marketing banyak bantu para peniaga tingkat kan Perniagaan mereka. Hal ini kerana ia adalah trend terkini yang sudah terbukti berkesan untuk promosi produk atau servis anda.
Video Marketing ini di guna untuk promosi di akaun media sosial Perniagaan sendiri seperti TikTok, Instagram dan Facebook. Ia kerana orang ramai banyak habis masa dengan melihat media sosial untuk dapat kan apa-apa info. Jadi potensi untuk ramai orang melihat produk promosi anda melalui video amat tinggi.
Live Marketing
Selain dari pada hasil kan video marketing trend sekarang juga adalah dengan melakukan live streaming iaitu menjual secara online. Ini selalu dibuat di platform media sosial yang mempunyai shop center yang sendiri seperti di Tiktok dan Instagram.
Perkara ini kerana mudah untuk orang ramai melihat dan bertanya tentang produk lebih banyak secara langsung kepada host di Live itu.
Kaedah Pembayaran
Keadah pembayaran juga semakin canggih di era digital ini. Dimana orang ramai boleh membuat sebarang bayaran dengan pelbagai cara yang telah di setup dengan mudah oleh Pemasar. Antara seperti Scan QR Code Pay, E-Wallets dan Transfer Online Banking bagi mereka yang berniaga secara online tanpa ada kedai fizikal.
Selain dari pada mudah untuk buat bayaran, pemasar juga boleh guna kan kaedah seperti QR Code untuk masuk kan info tentang produk mereka pada poster iklan yang di buat di media sosial. Ini di mana orang ramai hanya perlu scan saja dari poster atau iklan itu untuk dapat info lebih teliti mahu pun untuk hubungi pemasar.
Influencer
Pengambilan Influencer adalah satu trend yang bijak masa ini untuk bantu naikkan perniagaan anda dengan cepat. Ini melalui review yang di lakukan oleh mereka akan buat lebih ramai menjadi minat untuk dapat produk atau servis anda.
Hal ini kerana pengaruh yang ada pada mereka dapat buatkan orang ramai menjadi lebih mudah untuk percaya di samping followers mereka yang ramai. Malah tempat atau produk yang mereka review akan cepat dapat sambutan atau viral.
Penggunaan Artificial Intelligence (AI)
Seterusnya AI ini kerap kali di guna pakai dalam pemasaran digital untuk mudahkan segala urusan. Ia untuk analisis data pengguna, dan optimum kempen pengiklanan. Chatbots, sebagai contoh telah menjadi alat untuk menyediakan perkhidmatan pelanggan.
Justeru itu corak atau Trend Digital Marketing semakin berubah dan berkembang dengan pesat. Oleh itu, Pemasar mahu pun Usahawan harus cakna akan hal ini untuk buatkan mereka mampu kekal bersaing dalam bidang Pemasaran ini.
INI JUGA : https://khalifahmedianetworks.com/kepentingan-branding-kepada-perniagaan/
Masih tidak tahu cara untuk optimum kan dunia Digital Marketing ini lagi. Jangan risau Khalifah Media Networks boleh bantu dan guide anda hingga buat kan Perniagaan anda lebih berkembang.
BERMINAT? boleh TEKAN LINK ini sekarang