Tular Video Lelaki Bersilat Di Kubur. Ini Penjelasan Menteri agama.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak masyarakat untuk melaksanakan adab dan juga tata susila.”
Kota Tinggi: Masyarakat diminta memberi ruang kepada penguat kuasa agama untuk menjalankan siasatan. Ia berhubung video tular lelaki melakukan pergerakan seakan-akan bersilat di tanah perkuburan Islam di Kluang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata. Pejabat Agama Daerah Kluang juga mengambil tindakan segera dengan menjalankan siasatan yang menjurus semua sudut termasuk soal akidah.
“Satu, daripada sudut akidah, sejauh mana perbuatan yang dilakukan oleh hamba Allah itu melanggar atau pun ada kesalahan di bawah jenayah syariah. Atau juga yang membabitkan tentang penghinaan kepada agama atau pun kesalahan kepada akidah itu sendiri.
“Saya percaya, pegawai penguat kuasa agama akan jalankan siasatan untuk melihat daripada pelbagai sudut.
“Saya mengambil kesempatan ini untuk mengajak masyarakat untuk melaksanakan adab dan juga tata susila. Arahan siasatan itu sudah dibuat jadi harapan saya supaya masyarakat tidak membuat spekulasi,”. Katanya ketika ditemui selepas Majlis Penutupan Karnival Hijrah 2025 di Dewan Orang Ramai Kampung Felda Air Tawar 2 di sini, hari ini.
Mohd Na’im juga berharap masyarakat mengutamakan adab dalam melihat sesuatu perkara yang belum pasti, tidak terus menilai dan membuat penghakiman.
“Kita pun tak tahu keadaan mental dia macam mana. Jadi, saya harap sangatlah supaya kita ada sifat empati dan kita jangan ‘judgemental’, terus buat penghakiman, kita hukum orang lain sebelum kita tahu apa sebenarnya yang berlaku.
@hmetromy Pejabat Kadi daerah ini diminta menyiasat seorang lelaki yang dilihat melakukan pergerakan seperti bersilat di tanah perkuburan Islam, di sini hingga tular di media sosial. #beritaditiktok #bersilat #tular #siasat ♬ original sound – Harian Metro
SIFAT EMPATI
“Sebab itu saya kata asas siasatan itu pun penting. Kita ada sifat empati itu dan kalau katakan siasatan mendapati bahawa dia ini punya mental terganggu. Kita perlu rujuk dia kepada pihak berkaitan,” katanya.
Pada masa sama, katanya. Perbuatan yang dilakukan individu berkenaan di kubur bukan satu perbuatan yang boleh diterima dalam agama.
“Daripada sudut akidah pun dibimbangi perbuatan itu mungkin melanggar ajaran agama kita, akidah kita. Jadi, saya harap supaya rakyat keseluruhannya yang beragama Islam untuk mematuhi dan tahu
batas-batas,” katanya.
Semalam, kerajaan negeri mengarahkan Pejabat Kadi Daerah Kluang untuk menyiasat video tular memaparkan seorang lelaki melakukan pergerakan seakan-akan bersilat di tanah perkuburan Islam di Kluang.
Sumber : HM




