Ustaz Diserang Ketika Beri Ceramah. Ini Tindakkan Pantas Ibu-Ibu. | Dipercayai ingin membela seorang penceramah diserang seorang individu di sebuah majlis ilmu, sekumpulan ibu-ibu nekad bergabung tenaga menahan lelaki berkenaan.
Menurut Tribun News, dalam kejadian tersebut, penceramah bernama Ustaz Abu Syahid Chaniago telah diserang ketika sedang memberikan ceramahnya sambil disaksikan sekumpulan ibu-ibu dipercayai di Masjid Baitussyakur, Kota Batam pada Isnin, 20 September 2021.
Secara tiba-tiba, muncul seorang lelaki mendekati dan terus menyerang penceramah itu di hadapan hadirin, membuatkan para jemaah menjerit.
Menerusi klip tular, kelihatan suasana menjadi kelam kabut apabila para hadirin bangkit dari tempat duduk masing-masing, dipercayai panik.
Rakaman kemudiannya diteruskan di mana seorang wanita separuh usia berbaju hitam sempat melayangkan beberapa pukulan kepada pelaku yang telah ditangkap. Malah, seorang lagi wanita dilihat sempat memukul kaki lelaki tersebut dengan kayu.
View this post on Instagram
Memetik Tribun News, kejadian yang berlaku beberapa minit sebelum azan Zohor itu telah menyebabkan luka pada pipi kanan penceramah, dipercayai kerana ditendang penyerang.
“Akibat kejadian itu, Ustaz Abu mengalami luka di pipi kanan dipercayai terkena tendangan kaki penyerang,” kata Pengurus Masjid, Hendri Marzon seperti dipetik portal tersebut.
“Peristiwa itu terjadi semasa ibu-ibu sedang ikuti pengajian rutin yang biasanya dilakukan setiap pagi Isnin,” tambahnya.
Lantaran itu, pelaku telah dibawa ke balai polis untuk siasatan. Motif serangan masih belum diperincikan, tulis portal itu.
Rakaman berkenaan telah mendapat pelbagai respon daripada warga maya yang memuji tindakan kaum ibu di lokasi tersebut.