Ustazah Asma’ Kongsi SESUATU Tentang Arwah Siti Sarah. | Penyanyi terkenal Siti Sarah Raissuddin, 36, yang bertarung nyawa sejak Rabu lalu akibat jangkitan COVID-19 meninggal dunia sebentar tadi.
Isteri kepada pelawak dan usahawan Shuib itu menghembuskan nafas terakhir pada jam 5.13 pagi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Ramai yang berkongsi tentang peribadi Almarhumah Siti Sarah pagi ini. Kami kongsikan coretan daripada Ustazah Asma’ Harun yang ditulis di pages facebook miliknya.
DUHAI ALMARHUMAH SITI SARAH
Jua buat semua ibu yang tabah
Walaupun sebahagian kalian telah rebah
Menjadi sebahagian sejarah musibah
Menjadi satu muhasabah buat ummah
Akhirnya taqdir ALLAH mengatasi semuanya
Dengan seribu hikmah dariNya
Tersingkap di Dunia atau di Akhirat sana
Semoga dirimu dalam rahmat ya Esa
Allahu Akbar ๐
Mari bersama kita mendoakan agar Almarhumah Siti Sarah dan seluruh umat Islam yang telah kembali kepada Yang Maha Pencipta mendapat keampunan dan rahmat Allah SWT. ๐คฒ
ุฅููููุง ููููููู ููุฅููููุง ุฅููููููู ุฑูุงุฌูุนูููู
โSesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya kami dikembalikan.โ
ุงูููููู
ูู ุงุบูููุฑูููููุง ููุงุฑูุญูู
ูููุง ููุนูุงููููุง ููุงุนููู ุนูููููุง
Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah, rahmatilah, kurniakanlah kesejahteraan untuknya dan ampunkanlah dia.”
ููุงูููุฑูู
ู ููุฒูููููุง ููููุณููุนู ู
ูุฏูุฎูููููุง ููุงุบูุณูููููุง ุจูุงููู
ูุงุกู ููุงูุซููููุฌู ููุงููุจูุฑูุฏู ูููููููููุง ู
ููู ุงููุฎูุทูุงููุง ููู
ูุง ูููููููู ุงูุซููููุจู ุงููุงูุจูููุถู ู
ููู ุงูุฏููููุณู
Maksudnya: “Dan muliakanlah kedatangannya, luaskanlah tempatnya. Mandikanlah dia dengan air salji lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari segala kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju putih dari kotoran.”
ุงูููููููู
ูู ุงุฌูุนููู ููุจูุฑูููุง ุฑูููุถูุฉู ู
ููู ุฑูููุงุถู ุงูุฌูููุงููุ ููููุง ุชูุฌูุนููู ููุจูุฑูููุง ุญูููุฑูุฉู ู
ููู ุญูููุฑู ุงููููููุฑูุงูู
Maksudnya : โYa Allah, jadikanlah kuburnya salah satu daripada taman-taman syurga-Mu.โ
Semoga keluarga Allahyarham terus tabah dan redha menerima ketetapan Allah SWT. Mudah-mudahan kita semua bersatu kembali di syurga Allah SWT. ๐คฒ
Moga dirimu dan semua ummat Islam yang telah kembali kepada Allah adalah dalam kalangan yang Shahid, sebagaimana sabda Nabi SAW :
ููุชููู ุงููู ูุณูููู ู ุดูููุงุฏูุฉู ููุงูุทููุงุนูููู ุดูููุงุฏูุฉู ููุงููุจูุทููู ููุงููุบูุฑููู ููุงููู ูุฑูุฃูุฉู ููููุชูููููุง ููููุฏูููุง ุฌูู ูุนูุงุกู
Maksudnya: Seorang muslim yang terbunuh dikira sebagai seorang syahid, kematian akibat wabak taun juga dikira sebagai syahid, kematian karena sakit perut, mati lemas dan seorang wanita yang meninggal dunia kerana melahirkan anaknya dikira sebagai syahid.
Hadith Riwayat Ibn Kathir: (5869)
โค๏ธโค๏ธ
TaqdirNya, pada 7 Februari 2020, awal tahun lepas sebelum covid, kami pernah disatukan dalam satu program Wanita Hari Ini TV3.
Walaupun hanya seketika bertemu, arwah seorang yang menghormati dan rendah diri, perkara yang paling kerap diulang adalah bagaimana usahanya untuk menjadi isteri yang baik dan taat pada suami, beri yang terbaik buat keluarga suami dan keluarganya, dan usaha menjadi ibu yang terbaik buat anak-anaknya.
Ketika berbicara tentang Hijrahnya, arwah mohon doa agar istiqamah menjadi wanita Muslimah Solehah yang baik. Allahu Akbar, moga Husnul Khatimah ๐คฒ
Ameen ya Rabbal Alamin
Sumber : FB Ustazah Asma’ Harun