Video Gaduh Tular. Ini Yang Berlaku Kepada Lelaki Ini. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : Seberang Jaya: Pemilik kedai runcit, Goh Yap Eng yang tular selepas terbabit dalam pergaduhan ‘satu lawan satu’ awal bulan lalu mengakui kesal dengan tindakannya ketika insiden berkenaan.

Gaduh

Goh, 49, tampil mengulas mengenai insiden itu ketika ditemubual stesen radio yang rakamannya dimuat naik menerusi akaun TikTok milik @bfmradio. Dalam temubual itu, Goh menjelaskan pergaduhan membabitkan dirinya bersama seorang lelaki itu bukanlah berpunca daripada isu perkauman atau mabuk.

BUKAN ISU KAUM ATAU MABUK

“Insiden ‘one by one gentlemen’ hari itu, bukan kita yang minta. “Sebenarnya ini tidak berkaitan dengan kaum atau mabuk. Sebab ada orang ramai kata ia berpunca dari mabuk. Tetapi bukan.

“Setiap orang mabuk ada tahapnya. Contoh kalau saya sendiri mabuk, hanya duduk diam-diam. Saya akan pergi tidur, tonton televisyen ataupun layan (mendengar) muzik saja,” katanya.

Menurutnya, insiden itu menyebabkannya tidak tenteram malah sukar tidur walaupun selepas dibebaskan polis daripada tahanan lokap.

“Pada hari Rabu malam ketika video itu tular, saya tak boleh tidur sampai Khamis. “Hari Khamis polis ambil masuk lokap dua hari sampai Sabtu, petang keluar saya tak boleh tidur.

“Kalau boleh pilih, (saya) tak nak (kejadian) hari itu tak berlaku,” katanya. Sebelum mengakhiri temubual, Goh yang mewarisi perniagaan bapanya turut menasihatkan individu belajar seni mempertahankan diri supaya tidak menggunakan kelebihan dimiliki untuk bergaduh.

“Saya nak nasihat kepada semua orang yang belajar taekwondo ataupun kung fu, janganlah ajak orang bergaduh. “Itu bukan perangai orang belajar seni mempertahankan diri.

 

JANGAN GADUH-GADUH

“Saya harap jangan terjadi isu kaum, Malaysia patut harmoni, harap rakyat Malaysia bersatu. “Jangan gaduh-gaduh, itu semua tak berbaloi,” katanya.

Pada 5 Jun lalu, tular video menunjukkan pergaduhan antara Goh dan pelanggannya mencetuskan kekecohan di media sosial.

Dalam video itu, seorang pelanggan menghempas topi keledarnya di tempat juruwang dan mencabar Goh untuk berlawan satu lawan satu.

Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit mengikut Seksyen 324 dan 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan, serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Mereka ditahan dua hari dan dibebaskan pada 8 Jun. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Hamzah Ahmad berkata, kedua-duanya saling bermaafan dan menarik balik laporan polis masing-masing.

Sejak itu tular di media sosial gambar mereka bersalaman dan tersenyum.

BERITA DAHULU

Dua individu yang sebelum ini tular apabila bergaduh di sebuah kedai runcit kini sudah berbaik. Perkara itu susulan tersebar gambar dua lelaki terbabit bersalam dipercayai di sebuah balai polis.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna memuji tindakan dua lelaki tersebut yang berdamai selepas pergaduhan itu.

“Semoga asbab pergaduhan tersebut mereka menjadi kawan baik yang bukan biasa-biasa baiknya,” kata Rezqi.

“Bagus-bagus tak elok kita berperang bergaduh berpanjangan lebih baik banyak kawan dari pada banyak lawan,” kata Awae.

“Terbaik. Semoga pergaduhan semalam mengeratkan hubungan persahabatan hari ini,” kata Cristwever.

“Terbaik kita sama-sama Malaysia. Jangan gaduh-gaduh,” kata Saiful.

Terdahulu, dua lelaki warga tempatan itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian pergaduhan di sebuah kedai runcit di Seberang Jaya, Pulau Pinang.

Rakaman video pergaduhan itu turut tular di media sosial.

Di dalam rakaman tersebut kedua-dua lelaki berkenaan didapati saling membuat provokasi selain mengajak untuk bertumbuk ‘one by one’ sambil diperhatikan oleh pelanggan lain.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply