Customize Consent Preferences

We use cookies to help you navigate efficiently and perform certain functions. You will find detailed information about all cookies under each consent category below.

The cookies that are categorized as "Necessary" are stored on your browser as they are essential for enabling the basic functionalities of the site. ... 

Always Active

Necessary cookies are required to enable the basic features of this site, such as providing secure log-in or adjusting your consent preferences. These cookies do not store any personally identifiable data.

No cookies to display.

Functional cookies help perform certain functionalities like sharing the content of the website on social media platforms, collecting feedback, and other third-party features.

No cookies to display.

Analytical cookies are used to understand how visitors interact with the website. These cookies help provide information on metrics such as the number of visitors, bounce rate, traffic source, etc.

No cookies to display.

Performance cookies are used to understand and analyze the key performance indexes of the website which helps in delivering a better user experience for the visitors.

No cookies to display.

Advertisement cookies are used to provide visitors with customized advertisements based on the pages you visited previously and to analyze the effectiveness of the ad campaigns.

No cookies to display.

Video Pemandu Van Buat Pusingan U Di Lebuh Raya, Rupanya Tiada Lesen Memandu! Tindakan pemandu sebuah van dikatakan membuat pusingan U mengakibatkan berlaku kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV), di Kilometer 59.7 Lebuhraya Senai-Desaru. Ia juga didapati tidak mempunyai lesen memandu. Baca seterusnya.

KOTA TINGGI- Tindakan pemandu sebuah van dikatakan membuat pusingan U mengakibatkan berlaku kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis utiliti sukan (SUV), di Kilometer 59.7 Lebuhraya Senai-Desaru di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamaro berkata, kemalangan kira-kira jam 2.55 petang itu dipercayai berlaku setelah pemandu van merupakan seorang lelaki warga asing membuat pusingan U di kawasan tidak dibenarkan.

Katanya, tindakan itu menyebabkan pemandu SUV dari arah Senai ke Desaru tidak sempat mengelak dan melanggar bahagian di tengah sebelah kiri van terbabit.

“Pemandu van berusia 33 tahun itu yang selesai membuat kerja pemotongan rumput di kawasan tersebut telah membuat pusingan U kerana hendak bergerak ke Kilometer 60 Lebuhraya Senai-Desaru untuk meneruskan kerja pemotongan rumput.

Kenderaan SUV dan van yang terlibat kemalangan di Kilometer 59.7 Lebuhraya Senai-Desaru di sini pada Ahad.
“Akibat kemalangan itu, pemandu SUV iaitu seorang wanita berusia 29 tahun mengalami kecederaan bengkak di mulut dan lembam di tangan kiri dan kanan. Manakala penumpang iaitu anaknya berusia dua tahun mengalami kecederaan calar di pipi, dahi dan lembam mata di sebelah kiri.

“Pemandu van tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menerusi kenyataan akhbar pada Isnin.

Hussin berkata, pemandu van terbabit telah diambil keterangan dan siasatan dijalankan di bawah Peraturan 13 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (LN166/59).

“Saman telah dikeluarkan ke atas pemandu van terbabit kerana tidak mempunyai lesen memandu,” ujarnya.Sebelum itu tular video durasi 32 saat memaparkan kenderaan dipandu wanita terbabit melanggar sebuah van yang membuat pusingan U di Lebuhraya Senai-Desaru.

Sumber: SH

Share.

Leave A Reply