Video Tular Seorang Anggota Keselamatan ‘Mendarat’ Atas Bumbung Rumah. Ini Kisah Sebenar. | Baru-baru ini tular satu video seorang anggota keselamatan “terlanding” di atas bumbung sebuah rumah. Ikuti kisah disebalik video tersebut.

Video tular

Menjadi anggota keselamatan seperti tentera atau polis bukanlah satu tugas yang mudah, seperti yang semua sedia maklum.

Mereka perlu memiliki tahap disiplin yang tinggi dan menjalani latihan yang intensif untuk memastikan sentiasa bersedia menghadapi pelbagai situasi yang tidak dijangka.

Tidak kira sama ada bertugas di darat, udara, atau laut, mereka dilatih untuk kekal tenang walau dalam apa jua keadaan.

Baru-baru ini, sebuah video menarik mengenai seorang lelaki yang dipercayai seorang pegawai polis telah mencuri perhatian ramai di media sosial.

Menerusi video yang tular di TikTok, kelihatan pegawai polis tersebut sedang melipat payung terjun di atas bumbung sebuah rumah.

Kisah sebenar di sebalik kejadian

Menurut pegawai polis itu, kejadian tersebut berlaku pada tahun 2022 dan video tersebut dirakam oleh orang awam yang berada di tempat kejadian.

Video yang pada mulanya kelihatan agak ‘pelik’ ini sebenarnya merakamkan detik cemas seorang pegawai polis yang sedang menjalani latihan asas taktikal payung terjun statik.

Ketika itu, beliau sedang menjalani latihan di Taiping bersama 69 komando Polis Diraja Malaysia (PDRM), Paskal dan Unit Tindakhas (UTK).

Namun, difahamkan bahawa pegawai polis ini “terpesong” dari kawasan pendaratan yang sepatutnya.

Ini bukan disebabkan kecuaian, tetapi disebabkan oleh beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan semasa latihan.

Walaupun terpesong, beliau bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Lebih menarik, tuan rumah yang rumahnya menjadi tempat pendaratan pegawai polis ini sangat memahami situasi tersebut.

Tuan rumah tersebut lebih risaukan keselamatan pegawai polis itu berbanding kerosakan pada rumahnya.

Pegawai polis itu berkongsi pengalamannya dalam ruangan komen video, menceritakan bagaimana beliau terkejut selepas ‘mendarat’ di atas bumbung.

Pada mulanya, beliau hanya mampu diam sekejap kerana terkejut dengan keadaan itu. Namun, beliau lega selepas mendengar suara tuan rumah yang sangat prihatin.

Menurutnya, tuan rumah tidak meminta sebarang ganti rugi dan berkata atap rumahnya sudah terlalu lama dan tidak lagi dijual di pasaran.

@4remarkmasa ni fikir habis la aku.. tak mati, patah riuk..😂😂 pengalaman landing dan lipat payung statik atas bumbung rumah amoi… 🤭🤭 bagus rumah ada security alarm. tak tahu sape yg rakam time ni. alhamdulilah hidup lagi, lepas tu sambung terjun lagi…😂 just share pengalaman kejadian 2022. asas taktikal payung terjun statik Vat69 bersama Paskal dan UTK di Taiping.♬ original sound – Lvibes

Komen Netizen

Kisah ini menarik perhatian ramai netizen, yang mula memberi komen-komen lucu dan kelakar kerana ‘salah faham’ selepas menonton video tersebut.

“Aku ingatkan kontraktor rumah tebar selimut atas rumah,”

“Lah, ingat tadi ada pengantin tangkap gambar atas bumbung,”

Selain itu, beberapa netizen turut berkongsi pengalaman serupa, di mana ahli keluarga mereka yang juga merupakan anggota keselamatan pernah melalui situasi yang sama.

“Adik aku pertama kali mendarat atas motor orang di bendang, nasib baik tak ada apa-apa,”

“Suami saya pernah mendarat kat atas pokok, sakit katanya tapi tak ada cedera teruk,”.

Sumber : SK

Share.

Leave A Reply