Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Negeri Sabah Tahun 2022. | Alhamdulillah, Telah Tiba Kepada Kita Satu Bulan Yang Dinanti-nantikan Oleh Setiap Umat Islam Di Seluruh Dunia.
Kedatangannya Sangat ditunggu Kerana Bulan Ini Menjanjikan Peluang Yang Bbesar Untuk Seluruh Umat Islam Meningkatkan Keimanan Dan Ketakwaan Kepada Allah SWT. Bulan Ramadan Adalah Bulan Yang Penuh Dengan Keberkatan Dan Kemuliaan.
Dari Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu, Maksudnya:
Rasulullah SAW Memberi Khabar Gembira Kepada Para Sahabatnya Dengan Bersabda, “Telah Datang Kepadamu Bulan Ramadan, Bulan Yang Diberkati. Allah SWT Mewajibkan Kepadamu Puasa Didalamnya. Pada Bulan Ini Pintu-pintu Syurga Dibuka, Pintu-pintu Neraka Ditutup Dan Para Syaitan Diikat, Juga Terdapat Pada Bulan Ini Malam Yang Lebih Baik Daripada Seribu Bulan, Barangsiapa Tidak Memperoleh Kebaikannya Maka Dia Tidak Memperoleh Apa-apa’.” (HR. Ahmad dan An-Nasa’i).
Puasa Secara Bahasanya Boleh Diertikan Sebagai “Menahan Diri”.
Dari Segi Istilah Syarak, Puasa Bermaksud “Menahan Diri Daripada Makan, Minum Dan Perkara-Perkara Yang Membatalkan Puasa Bermula Dari Terbit Fajar Sehingga Terbenam Matahari Dimulai Dengan Niat Berpuasa Kerana Mengharapkan Keredhaan Allah SWT.”
Sebagai makluman, lampiran jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa Ramadhan tahun 1443H / 2022M bagi zon-zon di seluruh kawasan negeri Sabah yang disertakan ini adalah rasmi, terbitan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia JAKIM).
Semoga lampiran jadual Waktu Imsak dan Berbuka Puasa bulan Ramadhan tahun 1443H / 2022M yang disertakan dapat memudahkan umat Islam di negeri Sabah membuat semakan masa yang ideal untuk bersahur sebelum memasuki waktu Subuh selain dapat berbuka Puasa pada waktu yang tepat.
NIAT PUASA
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى
Dalam Rumi: “Nawaitu Souma Ghadin ‘An-adaa i, Fardhi Ramadhaana Haazihissanati Lillahi Ta’ala”
Maksudnya: “Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”.
NIAT PUASA SEBULAN
نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Dalam Rumi: “Nawaitu Souma Syahri Ramadhaana Kullihi Lillahi Ta’ala”
Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa keseluruhan (sebulan) pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala”.
DOA BERBUKA PUASA 1
اَللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ
Dalam Rumi: “Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthartu Birohmatika Yaa Arhamar Raahimiin”.
Maksudnya: “Ya Allah, keranaMu aku berpuasa, denganMu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”.
DOA BERBUKA PUASA 2
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلى رِزْقِكَ أفْطَرْتُ ذَهَبَ الظَّمأُ وابْتَلَّتِ العُرُوقُ وَثَبَتَ الأجْرُ إِنْ شاءَ اللَّهُ تَعالى
Dalam Rumi: “Allahumma Lakasumtu Wa‘ala Rizqika Afthartu Dzahaba-dh-dhama’u Wabtalatil ‘Uruqu Wasabatal Ajru Insya-allah ta‘ala”.
Maksudnya: “Duhai Allah, untukMu lah aku berpuasa, atas rezekiMu lah aku berbuka. Telah sirna rasa dahaga, urat-urat telah basah, dan (semoga) pahala telah ditetapkan, insyaaallah”.