Wanita Ini Merayu Pulangkan Buku 555 Yg Hilang. Ini Sebabnya. | KHALIFAH MEDIA NETWORKS : KOTA BHARU – Hidup kita pasti tidak tenang dan senang jika kehilangan sesuatu yang penting dalam kehidupan kita. Inilah yang terjadi terhadap kepada seorang wanita yang kehilangan dompet pemberian moyangnya.
Seorang peniaga kedai makan merayu orang ramai mengembalikan buku 555 yang hilang bersama dompetnya. Walaupun hanya dengan meletakkan buku itu di hadapan rumah.
Nurliyana Atikah Mohd Paridu, 25, berkata. Buku kecil berwarna merah mencatatkan jumlah hutang yang dipinjam oleh seorang individu beberapa tahun lalu itu hilang. Berikutan dompetnya tercicir dalam kejadian kira-kira jam 11 malam Ahad.
Bagaimanapun menurut peniaga muda itu. Dia turut terhutang budi jika buku itu dikembalikan bersama dompetnya.
PALING PENTING BUKU 555
“Saya tidak kisah dengan wang kira-kira RM400 dalam dompet itu. Tetapi paling penting ialah buku 555 kerana ia menjadi bukti pembayaran hutang.
“Kasihanilah saya. Kalau ada yang mengambil atau menemui buku itu boleh terus menghantarnya di Warung Berangin di sini. Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan.
Selain itu katanya, lebih menyedihkan juga. Dompet jenama terkenal Prada itu dihadiahkan oleh arwah moyangnya. Mah Kalsom Abdullah kira-kira 10 tahun lalu.
Menurutnya, dompet itu mempunyai nilai sentimental yang sukar diungkap. Kerana moyangnya sudah meninggal dunia dua tahun lalu pada usia 90 tahun.
MENANGIS MEMIKIRKAN BUKU 555
Menceritakan kehilangan dompet kesayangannya itu, Nurliyana Atikah memberitahu, pada malam kejadian, dia dan ibunya keluar dari rumah mereka di Kampung Kepulau untuk mengisi petrol di sebuah stesen minyak di Pasir Pekan, Tumpat.
Tambahnya, sebaik pulang dia menyedari dompet itu hilang dan terus keluar semula mencarinya dengan menunggang motosikal.
Jelas Nurliyana Atikah, dia tidak menemui dompet itu dan mengambil keputusan berkongsi kehilangan barang kesayangan berkenaan di media sosial dengan harapan ada individu yang membantu.
“Sehingga kini saya hanya berdoa dan mampu menangis memikirkan buku 555 itu selain penuh harapan ada yang mengembalikannya di hadapan rumah atau kedai saya,” katanya.
Sumber : SH