Wanita Paling Ramai Jadi Mangsa Love Scam – PDRM. Ini Sebabnya.. Polis sahkan wanita paling ramai jadi mangsa love scam. Baca seterusnya.
Kes penipuan atas talian atau scam amat berleluasa di negara kita kebelakangan ini, ramai yang menjadi mangsa dan kehilangan wang dalam jumlah yang sangat tinggi.
Scammer ini juga semakin licik dan akan melakukan apa sahaja untuk mencuri harta orang lain, tidak kurang dengan itu mereka juga kini lebih bijak mencari mangsa serta mempunyai target tertentu.
Dalam laporan Astro AWANI, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai menyatakan statistik yang direkod oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati, setakat dua tahun kebelakangan ini, mangsa penipuan dalam talian (scam) melibatkan kaum wanita lebih tinggi berbanding lelaki.
Difahamkan, ramai kaum wanita yang terjerat dalam perangkap scammer ini berusia dalam lingkungan antara 17 hingga 40 tahun, ini kerana golongan itu paling banyak menggunakan media sosial di Malaysia.
Menurut ACP Beh Eng Lai, ramai wanita di negara ini menjadi mangsa scam yang membabitkan jenayah ‘Love Scam’ dari pelbagai platform media sosial termasuk Facebook.
Tambahnya lagi, golongan penipu ini mencari mangsa yang kesunyian dan memerlukan pasangan sebagai sasaran mudah mereka.
Sumber: LM